Informasi Terkini Dan Bahan Arked Pencapaian

WorldSkills Asia Taipei 2025

WorldSkills Asia Taipei 2025 telah diadakan pada 27 - 29 November 2025.

WorldSkills ASEAN Manila 2025

Pertandingan yang akan diadakan di Manila. Filipina bermula pada 26 hingga 28 Ogos 2025.

Junior Skills Malaysia 2025

Pertandingan Junior Skills Malaysia 2025 Peringkat Akhir telah berlangsung pada 24 Mei 2025.

Pertandingan WorldSkills Malaysia Sarawak 2025

Pertandingan WorldSkills Malaysia Sarawak 2025 Peringkat Akhir.

WorldSkills Competition Shang Hai 2026

WorldSkills Competition Shang Hai 2025 akan berlangsung pada 22 hingga 27 September 2026 .

Showing posts sorted by relevance for query inovasi. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query inovasi. Sort by date Show all posts

HARI INOVASI MARA 2014




KUALA LUMPUR, 31 MAC 2014 – Bertempat di Hotel Premiera, Kuala Lumpur telah berlangsungnya sambutan Hari Inovasi MARA 2014. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi bin Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Turut hadir ialah Ketua Pengarah MARA YBhg. Datuk Ibrahim bin Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Poly-Tech MARA, YBhg. Prof. Dr. Azali Mohamed.

Hari inovasi ini diadakan adalah bertujuan untuk menggalakkan pemikiran kreatif dan penghasilan inovasi dalam usaha membudayakannya dikalangan warga MARA untuk mewujudkan sistem penyampaian dan perkhidmatan yang lebih baik dalam mengambil kira perubahan persekitaran, kemajuan teknologi serta mengutamakan pencapaian dalam menuju wawasan 2020 sekaligus meningkatkan imej MARA.

Program ini merupakan platform untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pusat pentadbiran MARA.Antara pengisian pada Hari Inovasi MARA 2014 kali ini ialah Pameran Produk Inovasi MARA yang bertujuan untuk mempamerkan produk-produk inovatif MARA, pelancaran “NO GIFT POLICY”, Penyerahan Sijil Malaysia Book of Record bagi penghasilan logo MARA terbesar menggunakan manik, serta penyampaian Anugerah Inovasi MARA 2013.

Bagi majlis penyampaian Anugerah Inovasi 2013, sebanyak empat kategori telah dipertandingkan ianya adalah, Kategori Pengurusan, Kategori Teknikal, Kategori Pengajaran& Pembelajaran, dan Kategori Wish List yang merupakan penambahbaikan dan penyelesaian terhadap lima Wish List terbaik yang dipilih melalui Program Cabaran Untuk Inovasi & Transformasi (CUIT).

Share:

Keputusan Inovasi GIATMARA 2011

Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM)

Menyumbangkan hadiah wang tunai RM1,000 seorang bagi Anugerah Utama/Khas (2 pemenang)

Johan Keseluruhan Inovasi
Penggunting Nenas – Mohd. Zainal Abiddin Johari dan rakan
GIATMARA : Parit Sulong
Direka untuk untuk memudahkan pemotongan nenas di ladang.
MyKad : 801009 – 03 – 5489

Anugerah Juri Inovasi
Coolant Clear – Mior Ismail bin Mior Zainuddin dan pasukan
GIATMARA : Sg. Siput
Direka untuk memerangkap karat yang terdapat di dalam radiator kenderaan.
MyKad : 781015 – 08 – 5911

Menyumbangkan hadiah wang tunai RM700 seorang bagi Potential Commercial Value Award (2 pemenang)
Tapak Pemacu Kun (Nor Maisarah binti Said, GIATMARA Segamat)
Direka untuk memudahkan tukang jahit menjahit kun (piping) baju.
MyKad : 850415 – 01 – 6460

Coolant Clear (Mior Ismail bin Mior Zainuddin dan team, GIATMARA Sg. Siput)
Direka untuk memerangkap karat yang terdapat di dalam radiator kenderaan.
MyKad : 781015 – 08 – 5911

Menjadi Rakan Strategik GIATMARA untuk membangunkan produk inovasi sehingga dapat dikomersialkan

Penggunting Nenas (Mohd. Zainal Abiddin Johari dan rakan, GIATMARA Parit Sulong)

Direka untuk untuk memudahkan pemotongan nenas di ladang.

Tapak Pemacu Kun (Nor Maisarah binti Said, GIATMARA Segamat)
Direka untuk memudahkan tukang jahit menjahit kun (piping) baju.

Kategori Motosikal : 'O'-Spoke (Mohd Nawawi bin Ibrahim dan team, GIATMARA Pasir Mas)


TM SME Menyumbangkan Office-in-a-Box untuk pemenang Emas bagi kategori-kategori Inovasi (2 pemenang)

Kat. Automotif
Coolant Clear (Mior Ismail bin Mior Zainuddin dan team, GIATMARA Sg. Siput)
Direka untuk memerangkap karat yang terdapat di dalam radiator kenderaan.
MyKad : 781015 – 08 – 5911

Kat. Pengguna
Penggunting Nenas (Mohd. Zainal Abiddin Johari dan rakan, GIATMARA Parit Sulong)
Direka untuk untuk memudahkan pemotongan nenas di ladang.
MyKad : 801009 – 03 – 5489

Menyumbangkan Office-in-a-Box untuk pemenang Anugerah Kreatif Motosikal (1 pemenang)

'O'-Spoke – Mohd. Nawawi bin Ibrahim dan pasukan
GIATMARA : Pasir Mas
MyKad : 670717 – 03 – 5749


Menjadi Rakan Strategik GIATMARA untuk membangunkan produk inovasi sehingga dapat dikomersialkan

PT-1 (En Ismail Shuib, GIATMARA Bukit Katil) Direka untuk mengurangkan kesan hentakan pada tongkat sokongan OKU.

Trosworld (TM Partner)

Menyumbangkan hadiah berbentuk e-platform kepada pemenang Tempat Pertama Gimik. Jika Tidak Dipecahkan Ruyung, Manakan Dapat Sagunya (GIATMARA Negeri Perak)

Menyumbangkan satu lagi hadiah berbentuk e-platform (reserved)


Universiti Putra Malaysia (UPM)

Menjadi Rakan Strategik GIATMARA untuk membangunkan produk inovasi sehingga dapat dikomersialkan

Special Tool for Open Bearing (Mohamad Sahrizat bin Kamarudin, GIATMARA Permatang Pauh)
Direka untuk untuk memudahkan kerja-kerja mengeuarkan gegalas pada tayar kenderaan tanpa membuka keseluruhan hub/chamber.

ISS - One Tool Special Clamp Piston Ring (Iswanto Suhardi Mohatar dan rakan, GIATMARA Batang Sadong)
Direka untuk membuka piston ring dengan mudah dan cepat


Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
Menjadi Rakan Strategik GIATMARA untuk membangunkan produk inovasi sehingga dapat dikomersialkan

Pemungut Biji Sawit (Masri bin Latif dan team, GIATMARA Sungai Besar)
Alat untuk memungut biji sawit yang relai. Mudah dan selamat.

Penggetar Darah (Rosli bin Sarip, GIATMARA Sandakan)
Alat untuk melancarkan peredaran darah semasa menderma darah.

Digital Interlocking kWh (Khairuladzahar bin Mohd Raji dan rakan, GIATMARA Jelebu)
Alat untuk memutuskan bekalan kuasa elektrik ke rumah-rumah secara kawalan jauh (remote control).

Share:

Inovasi GIATMARA 2012

Pendaftaran dibuka sehingga 27 Mei 2012.
Bagi 3 penyertaan yang mendaftar sebelum 12 April, akan turut berpeluang dipilih ke ITEX 2012

Berikut adalah ringkasan syarat-syarat pertandingan.

Inovasi GIATMARA 2012

Syarat Umum Inovasi

  1. Pertandingan terbuka kepada semua GIATMARA seluruh Malaysia.

  2. Maksimum keahlian adalah 3 orang setiap kumpulan. Salah seorang ahli kumpulan mestilah pelatih, manakala seorang lagi mestilah warga kerja.

  3. Projek yang dipertandingkan mestilah belum pernah memenangi mana-mana pertandingan peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Projek yang pernah dipertandingkan di peringkat zon atau daerah layak dipertandingkan di Inovasi GIATMARA 2012.

  4. Pastikan pemilihan kategori dibuat dengan betul. Pendaftaran di kategori yang salah akan mengakibatkan projek tidak dapat dinilai dengan tepat.

  5. Pendaftaran selepas tarikh yang ditetapkan, atau pada hari pertandingan, akan dikenakan penalti RM100 setiap projek.

  6. Projek yang didaftarkan tetapi tidak hadir pada hari pertandingan juga dikenakan penalti RM150 setiap projek

  7. Projek yang ditukar nama, kategori, atau peserta selepas tarikh pendaftaran atau pada hari pertandingan akan dikenakan penalti RM20.


Kategori

Kriteria

Educational Items

  • Rekaan yang dihasilkan digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

  • Boleh berbentuk perisian/sistem IT, alat bantuan mengajar, alat mainan berpelajaran, dan lain-lain.

Automotive / Transportation

  • Rekaan yang digunakan sebagai alat (tool), mesin, aksesori, atau lain-lain untuk kegunaan automotif atau pengangkutan.

  • Rekaan yang tergolong di dalam kategori ini adalah yang berkaitan:

  • motosikal

  • kereta/lori

  • basikal

  • kenderaan-kenderaan lain

Electrical & Electronic

  • Rekaan yang melibatkan penggunaan elektrik atau elektronik sebagai idea rekaan.

  • Rekaan di dalam kategori ini termasuk alat (tool), mesin, sistem, aksesori, atau bahan:

  • Audio-visual equipment,

  • Komputer/IT/Teknologi maklumat,

  • Telekomunikasi

  • Elektrikal

Building & Construction

  • Rekaan yang digunakan sebagai alat (tool), mesin, aksesori, bahan, atau lain-lain untuk kegunaan:

  • perpaipan (plumbing)

  • perabot

  • strukture (structure)

  • bangunan

Textile & Apparel

  • Sebarang rekaan yang berasaskan

  • kain

  • kraftangan

  • peralatan menjahit/aksesori mesin jahit

  • sebarang bentuk pakaian

Consumer Products

  • Sebarang rekaan untuk kegunaan pengguna persendirian atau industri, termasuk alat (tool), mesin, aksesori, bahan, atau lain-lain melibatkan:

  • Pembuatan makanan

  • Orang Kelainan Upaya (OKU)

  • Pertanian, penternakan atau perikanan

Khas : Alat cuci kasut

  • Alat/mesin cuci kasut manual, elektrikal, atau mekanikal.

  • Jenis kasut yang dicuci adalah bebas

Gimik

  • Sekurang-kurangnya satu penyertaan dari setiap negeri

  • Maksimum 6 orang setiap kumpulan

  • Tema bebas

  • Kaedah bebas

  • Persembahan gimik < 10 min

  • Taklimat pengenalan < 5 min



ACARA Sampingan


Photography Competition “Capture The Moment”

  • Terbuka kepada semua warga kerja, pelatih, dan usahawan GIATMARA.

  • Gambar diambil pada hari pertama dan hari kedua program.

  • Peralatan fotografi tidak disediakan oleh pihak penganjur.

  • Kaedah persembahan akan dimaklumkan oleh pihak penganjur.

Best Booth Award

  • Semua pertandingan Inovasi, Bike Skills Fest dan Gimik akan dipamerkan di dalam booth/pavillion negeri masing-masing.

  • Saiz booth bergantung kepada jumlah penyertaan di dalam Inovasi dan Bike Skills Fest yang diterima sebelum tarikh tutup pendaftaran. Tiada sebarang penambahan atau pengurangan ruang akan dibuat sekiranya terdapat pendaftaran atau tarikh diri di saat-saat akhir.

  • Setiap negeri adalah bebas untuk mereka cipta/menghias booth masing-masing dan memastikan booth menarik dan mesra pengunjung.

  • Anugerah ini akan diberikan kepada negeri yang mempunyai booth yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:

  • Keceriaan

  • Kebersihan

  • Layanan kepada pengunjung

  • Kreativiti, reka bentuk (design) dan susun atur

  • Tema

  • Cost effective



Pendaftaran boleh dibuat melalui link berikut (anda mesti login ke akaun email GIATMARA untuk mendaftar):

Inovasi GIATMARA 2012


HTML Comment Box is loading comments...



Share:

Inovasi GIATMARA 2013 & Bike Skills Fest 2013


Kemaskini
Tentatif terkini pertandingan adalah seperti berikut
    Tarikh : 7 - 10 November 2013
    Tempat : Taman Tema Darul Aman, Jitra, Kedah
    Perasmi : YAB Dato' Paduka Mukhriz Tun. Dr. Mahathir
    Pendaftaran : Borang Inovasi GIATMARA 2013 & GIATMARA Bike Skills Fest 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Inovasi GIATMARA 2013 dan Bike Skills Fest 2013 akan diadakan secara serentak pada November 2013. Berikut adalah kategori Inovasi GIATMARA yang akan dipertandingkan:
Kategori Bidang
Inovasi
  • Automotive & Transportation
  • Building, Construction & Furniture
  • Consumer Products
  • Educational Items
  • Electrical & Electronic
  • Textile & Apparel
Khas Gimik
  • Sekurang-kurangnya satu (1) penyertaan setiap negeri
Berikut pula adalah kategori Bike Skills Fest yang akan dipertandingkan:
Rekabentuk Penyertaan Jenis Enjin Syarat Tambahan
Custom Cub Wajib bagi semua PGM yang menjalankan kursus Motosikal
  • Enjin melintang
  • Tiada had saiz silinder
  • 80% Rangka adalah rekabentuk sendiri (Tidak menggunakan rangka asal sepenuhnya)
  • Penggunaan fiberglass dan bahan lain seumpamanya adalah digalakkan
Custom Bike Min 2 penyertaan setiap negeri (kecuali Sabah dan Sarawak) Enjin bebas (Boleh menggunakan apa-apa enjin termasuk enjin kereta, lori dsb)
  • 80% Rangka adalah rekabentuk sendiri (Tidak menggunakan rangka asal sepenuhnya)
  • Penggunaan fiberglass dan bahan lain seumpamanya adalah digalakkan
Green Bike Terbuka kepada semua PGM terutama kursus motosikal, automotif, elektronik dan elektrikal
  • Selain enjin petrol/diesel
  • Boleh menggunakan enjin elektrik, sistem solar, berkuasa angin dsb
Menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui (renewable energy)
Low Rider Bicycle Min 2 penyertaan setiap negeri (kecuali Sabah dan Sarawak) Tiada enjin (menggunakan tenaga kayuhan)
  • Pembinaan kerangka mengikut idea dan kreativiti sendiri
  • Tidak terhad kepada dua roda
  • Bahan pembuatan kerangka adalah bebas (kayu, kadbod, kertas, fiber, dsb)
Kemahiran Penyertaan Masa Diberi Syarat Tambahan
Engine Overhaul Min 2 pelatih setiap negeri 6 jam Enjin Cub sahaja
4-Stroke Motorcycle Wiring Min 2 pelatih setiap negeri 3 jam Enjin Cub sahaja
Panel Beating Min 2 pelatih setiap negeri 6 jam Reka bentuk panel pintu kereta
Airbrush Min 2 pelatih setiap negeri 6 jam
  • Mengecat menggunakan airbrush pada objek yang akan diberikan pada hari pertandingan
  • Corak akan diberikan pada hari pertandingan
Creative Sculpture (Arca Kreatif) Min 3 penyertaan setiap negeri Disiapkan sebelum hari pertandingan
  • Menggunakan bahan-bahan terpakai/terbuang samada kayu, besi, plastik dll
  • Rekabentuk bebas
  • Saiz bebas

Berikut adalah contoh "Custom Cub"


Red Cub Goobike
Red Cub Goobike
White Cub Wooden Cub
White Cub Wooden Cub

Berikut adalah contoh "Custom Bike"


Red Bike Rafik Kaisi
Red Bike RK Thing
Black Bike Chrome Chopper
Black Bike Chrome Chopper

Berikut adalah contoh "Green Bike"


Compressed Air Bike Solar Bike
Compressed Air Bike Solar Bike
Solar Bike Wind Bike
Solar Bike Wind Bike

Berikut adalah contoh "Low Rider Bicycle"


Yellow Bicycle Wooden Bicycle
Yellow Bicycle Wooden Bicycle
Black Bicycle Blue Bicycle
Black Bicycle Blue Bicycle

Berikut adalah contoh "Creative Sculpture"

Semua gambar ini diambil daripada laman web 25 Impressive Works Of Art Made From Recycled Materials.

Chicken or Egg Keyboard Bag
Chicken or Egg Keyboard Bag
Skull Smoking Rabbit
Skull Smoking Rabbit
Share:

Keputusan Inovasi & Bike Skill Fest 2012

Pameran dan Pertandingan Inovasi GIATMARA 2012 telah Berjaya membudayakan program inovasi dalam melahirkan pelatih institusi latihan yang kreatif serta berinovasi. 

Program pameran dan pertandingan itu yang berlangsung selama empat hari bermula 11 Oktober lalu disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Pengajian Tinggi yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang , Datuk Mohamed Khaled Nordin.
Turut hadir di majlis tersebut Pengerusi GIATMARA, Datuk Shahiruddin Ab. Moin dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin.
Datuk Mohamed Khaled turut merasmikan pembukaan bangunan baru GIATMARA Pasir Gudang.




 KEPUTUSAN PERTANDINGAN


KEMAHIRAN

Kemahiran Membentuk, Mengetuk dan Mengecat
Johan - GIATMARA Pontian

Kemahiran Motosikal (Kategori Pelatih)
Johan - GIATMARA Batang Sadong

Kemahiran Motosikal (Kategori Usahawan)
Johan - GIATMAR Tambun

Air Brush Topi Keledar
Johan - GIATMARA Bintulu

Gerai Pameran Terbaik
Johan - GIATMARA Wilayah Persekutuaan

BIKE SKILL FEST

Cub Extreme
Johan - GIATMARA Jasin
Projek : HERO

MOTOSIKAL MOBILEPRENEUR

Johan - GIATMARA Sri Gading
Projek : Air Brush Station

Terbuka
Johan - GIATMARA Damansara Damai (JAKOA)
Projek : Creative Wedding Bike

Anugerah Juri - GIATMARA Raub

Anugerah Khas - GIATMARA Bakri ( Bakri Mobile Clinic )

Anugerah Kreatif - GIATMARA Jasin

INOVASI

Produk Pengguna
Johan - GIATMARA Jelebu 
Projek : Beanskin Machine atau Mesin Kacang Lupakan kulit 

JOHAN KESELURUHAN 
Johan - GIATMARA Jelebu 
Projek : Beanskin Machine atau Mesin Kacang Lupakan kulit







Share:


 

Pemenang bersama Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA (bertopi)

ITEX ialah singkatan bagi International Invention, Innovation & Technology Exhibition (Pameran Rekacipta, Inovasi & Teknologi Antarabangsa). Ia merupakan pameran antarabangsa tahunan terkemuka di Malaysia yang menghimpunkan inovasi, teknologi, dan reka cipta terbaik dari seluruh dunia, khususnya Asia, untuk dikomersialkan oleh pelabur dan usahawan.

  • Fokus: Menampilkan inovasi dalam pelbagai bidang sains dan teknologi.
  • Tujuan: Menjadi platform pasaran bagi pereka cipta mendapatkan pelabur, pengilang, atau pengedar.
  • Peserta: Menarik minat pereka cipta, penyelidik, pemodal teroka (venture capitalists), dan sektor korporat.
  • Lokasi: Kebiasaannya diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

GIATMARA telah berjaya memenangi Pingat Emas dan Pingat Gangsa dalam kategori TVET.



EMAS: EduSkill360 
Menyokong prinsip kelestarian alam sekitar dalam memudah cara pensijilan TVET.





GANGSA: SmartDrip
Satu inovasi yang mampu menjana penjimatan tenaga melalui kaedah yang murah dan berkesan.





Share:

Pertandingan Rekacipta & Inovasi 2015 Sempena Hari Belia Negara (HBN) Putrajaya

Pertandingan rekacipta dan inovasi 2015 merupakan aktiviti tahunan untuk mengumpulkan pereka-pereka muda di seluruh Malaysia. Ianya menjadi salah satu landasan bagi perkongsian dan pengembangan hasil inovasi rekacipta pelajar dan juga pengajar mencapai tahap rekacipta terkini dari segi rekabentuk dan functionality. Program ini telah melahirkan ramai pelajar yang berbakat besar dan telah juga menghasilkan projek-projek kreatif dan inovatif.Selain dari itu, program ini jugamenjurus kepada penyelesaian masalah dan penggunaan teknologi terkini dalam kehidupan harian dalam usaha memberi kesedaran dan meningkatkan minat para pelajar dalam penghasilan idea dan cabaran kreativiti.


Pertandingan rekacipta dan Inovasi terbuka kepada kepada semua pelajar Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Sebanyak enam (6) kategori di pertandingkan.





Keputusan Pertandingan :-

JOHAN : GM Kepong (Kategori Teknologi Kejuruteraan Komputer)
                 GM Serdang (Kategori Teknologi Rekaan Fabrik)

Tempat KEDUA : GM Kota Raja (Teknologi Kejuruteraan Komputer)
                              GM Gombak (Teknologi Kejuruteraan Mekanikal)

Tempat KETIGA : GM Kuala Selangor (Teknologi Rekaan Fabrik)
                               GM Hulu Langat (Teknologi Rekaan Fabrik)

Share:

 


Ekspo TVET@KKDW 2025 bakal berlangsung pada 10-12 Oktober 2025 di Ipoh Convention Centre (ICC), Perak dengan tema "TVET Masa Depan: Berkemahiran, Berinovasi, Berteknologi Tinggi". Dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), acara hibrid ini menampilkan 281 institusi TVET, pameran, pertandingan kemahiran, dan peluang kerjaya untuk memperkasakan TVET sebagai pilihan utama. 

  • Tarikh: 10 – 12 Oktober 2025 (Jumaat – Ahad).
  • Masa: 9:00 pagi – 6:00 petang.
  • Tempat: Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak (Fizikal) & Atas Talian.
  • Fokus: Mempromosikan pendidikan TVET di bawah KKDW, menghubungkan pelatih dengan industri, dan menonjolkan inovasi teknologi.
  • Aktiviti: Pameran & Demonstrasi, Pertandingan Kemahiran, Teknousahawan, serta Rakan Strategik & Kerjaya.



ANUGERAH KESELURUHAN INSTITUSI TERBAIK : GIATMARA Malaysia
ANUGERAH INOVASI TERBAIK : GIATMARA Ledang (Projek : Intelligent Socket Power)
ANUGERAH INOVASI JURI : GIATMARA K.Lumpur (Projek : Braille in Embroidery)

PERTANDINGAN INOVASI : 
Kategori Pendidikan: 1 Gold, 1 Silver, 1 Bronze
Kategori Automotif: 1 Silver
Kategori Elektrik/Elektronik: 1 Gold, 1 Bronze
Kategori Produk Pengguna: 1 Gold
Kategori Arca Kreatif: 1 Gold, 1 Silver
Pertandingan Kemahiran: 6 Silver, 3 Bronze
Pertandingan Bizpitching: 1 Gold




Share:

MODENAS-UniMAP Racing Challenge 2014

Kangar, 19 Mei - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bakal mengukir satu lagi sejarah dalam bidang permotoran melalui penganjuran perlumbaan kereta formula UniMAP – Modenas Racing Challenge 2014 di Litar Antarabangsa UniMAP yang akan berlangsung selama dua hari mulai 6 Jun ini.
 
Penganjuran perlumbaan tersebut adalah kerjasama antara Fakulti Teknologi Kejuruteraan serta para penyelidik dari Green Design and Manufacture (GDM) Research Group, Center of Excellence Geopolymer and Green Technology (CEGeoGTech), Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan, UniMAP dengan Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas).





Program ini selaras dengan hasrat Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin yang ingin membangunkan lebih banyak program yang menimbulkan minat golongan pelajar dan belia terhadap sukan permotoran.

Pengarah program UniMAP-MODENAS Racing Challenge 2014, Shayfull Zamree Abd Rahim berkata, pertandingan ini akan terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori A: Kelas Terbuka MODENAS GT di mana peserta diwajibkan menggunakan hanya enjin MODENAS GT 128 untuk penyertaan.

Ujar beliau, dalam kategori ini, peserta di benarkan melakukan apa saja inovasi bagi mengubahsuai dan meningkatkan prestasi enjin MODENAS GT 128 yang digunakan.

“Manakala bagi penyertaan Kategori B: 131cc pula, peserta di benarkan menggunakan dan melakukan inovasi terhadap apa saja jenis enjin yang dikeluarkan oleh pengilang motosikal di Malaysia selagi tidak melebihi 131 cc,” katanya sambil menambah hadiah keseluruhan yang ditawarkan adalah berjumlah RM10,500 bagi kedua-dua kategori.
  
Shayful Zamree berkata, UniMAP – Modenas Racing Challenge 2014 bakal menjadi perlumbaan yang amat menarik memandangkan buat julung kalinya, juara keseluruhan akan dipilih  tanpa mengambil kira pembentangan reka bentuk dan spesifikasi kereta formula yang dibangunkan.

Ujarnya, ia menjadikan perlumbaan ini lebih telus dan adil dan membuka peluang penyertaan kepada pelbagai institusi pendidikan seperti GiatMARA, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Institut Kemahiran MARA (IKM) dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh Malaysia.



“Sehingga kini, kami telah menerima 34 penyertaan iaitu 12 penyertaan bagi Kategori A dan 22 penyertaan bagi Kategori B,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan UniMAP, Prof. Madya Dr. Che Mohd Ruzaidi Ghazali berkata, penghasilan kereta formula dan penyertaan pelajar dalam pertandingan sebegini diharap agar dapat meningkatkan ilmu dan inovasi pelajar dan tidak termaktub kepada pembelajaran secara teori semata.






Share:

INTERNATIONAL INVENTION, INNOVATION & TECHNOLOGY EXHIBITION 2023 (ITEX'23)

 

𝗚𝗜𝗔𝗧𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗟𝗜 𝗚𝗘𝗚𝗔𝗥 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗔𝗦 𝗜𝗧𝗘𝗫’𝟮𝟯 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝟮 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞.
Kembali setelah hampir 4 tahun tidak menyertai ITEX, GIATMARA masih aktif dalam ciptaan inovasi terkini.
Dalam ITEX’23, kedua-dua ciptaan telah berjaya memperoleh pingat perak.
Sebanyak 1200 ciptaan inovasi pada ITEX kali ini dengan 120 institusi dalam dan luar negara.
Penyertaan pencipta luar negara dari 18 buah negara seperti Amerika Syarikat, Australia, Ireland,Korea Selatan,China dan negara Asia lain menjadi platform bertukar idea dan teknologi menerusi ciptaan inovasi.
Bagi GIATMARA, ini peluang terbaik menimba pengalaman sebanyak mungkin dari semua pemain industri yang menyertai. Idea-idea terkini akan diadaptasi dalam pembelajaran di dalam kelas agar apa yang diajar selari dengan kehendak semasa.
Ciptaan Interlocking Safety Socket dan Tasneem yang telah memenangi pingat perak berada dalam perancangan untuk dikomersilkan kerana sudah ada ‘pelabur berpotensi’ yang berminat dengan ciptaan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif ( no6 dari kiri) bersama para peserta






Share:

Total Pageviews