Informasi Terkini Dan Bahan Arked Pencapaian

WorldSkills Asia Taipei 2025

WorldSkills Asia Taipei 2025 telah diadakan pada 27 - 29 November 2025.

WorldSkills ASEAN Manila 2025

Pertandingan yang akan diadakan di Manila. Filipina bermula pada 26 hingga 28 Ogos 2025.

Junior Skills Malaysia 2025

Pertandingan Junior Skills Malaysia 2025 Peringkat Akhir telah berlangsung pada 24 Mei 2025.

Pertandingan WorldSkills Malaysia Sarawak 2025

Pertandingan WorldSkills Malaysia Sarawak 2025 Peringkat Akhir.

WorldSkills Competition Shang Hai 2026

WorldSkills Competition Shang Hai 2025 akan berlangsung pada 22 hingga 27 September 2026 .

Showing posts with label 2023. Show all posts
Showing posts with label 2023. Show all posts

KEPUTUSAN WORLDSKILLS MALAYSIA SARAWAK 2023


Worldskills Malaysia Sarawak telah melabuhkan tirainya sebentar tadi. Sekali lagi laungan gempita GIATMARA kedengaran di Bumi Kenyalang.
GIATMARA Sarawak mengorak langkah mempamerkan kecemerlangan dalam pertandingan kemahiran tersebut dan memperoleh kejayaan dalam beberapa bidang yang dipertandingkan.
Majlis Pengumuman dan Penyampaian pemenang disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak.



Berikut adalah keputusan WorldSkills Malaysia Sarawak 2023
Keseluruhan Pingat :-
𝟯 𝗘𝗠𝗔𝗦
𝟯 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞
𝟯 𝗚𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔
𝗘𝗠𝗔𝗦
1. Grafik Design Technology : GM Stampin
2. Painting & Decorating : GM Saratok
3. Beauty Therapy : GM Petrajaya
𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞
1. Beauty Therapy : GM Petrajaya
2. Fashion Technology : GM Kanowit
3. Hairdressing : GM Petrajaya
𝗚𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔
1. Fashion Technology : GM Stampin
2. Hairdressing : GM Petrajaya
3. Beauty Therapy : GM Petrajaya


Share:

WORLDSKILLS ASIA ABU DHABI 2023

 

WorldSkills Asia Abu Dhabi 2023 akan diadakan di Adnec - Abu Dhabi, UAE. Seorang peserta GIATMARA mewakili negara bagi bidang Fashion Technology. Malaysia menghantar seramai 7 orang peserta bagi membawa cabaran di pentas pertandingan ini.

Peserta Negara Bidang Fashion Technology
(Zunizam Bin Saadon : GM Penampang)

Peserta Negara bersama Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA - dari kanan

Kontinjen Negara bersama Pakar negara




Share:

KEPUTUSAN WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB), PENGAJAR (WSMP) DAN JUNIOR SKILLS MALAYSIA (JSM) 2023

 

GIATMARA telah menggondol jumlah pingat keseluruhan 2 Emas, 6 Perak dan 6 Gangsa 7 Sijil Kecemerlangan
Lebih manis, Muhammad Hakimi Bin Abu Bakar dari GIATMARA Kota Bharu telah dianugerahkan dengan Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri.





Share:

WORLDSKILLS ASEAN SINGAPORE 2023

 

Pertandingan WorldSkills ASEAN 2023 Singapore telah pun berakhir dimana negara kita Malaysia telah memperolehi 2 EMAS, 3 PERAK dan 5 GANGSA dan 5 Medalllion Of Excellence.

Daripada 26 orang peserta negara, GIATMARA telah menghantar seramai 2 orang peserta bagi mengharungi cabaran untuk merebut pingat dan menjadi peserta terbaik di peringkat ASEAN. GIATMARA telah membawa pulang 2 pingat . SYABAS !

1 PERAK , 1 MEDALLION OF EXCELLENCE


dari kiri : Muhammad Nasrullah Bin Mamat Suki (GM Jeli) Electrical Installation (PINGAT PERAK) , 
Zunizam bin Shahdon (GM Penampang) Fashion Technology (Medallion)


Share:

KEPUTUSAN PERTANDINGAN WSMB/WSMP/JSM LAYAK PERINGKAT AKHIR 2023

Klik DISINI - Keputusan WSMB pertandingan anjuran JPK (Jabatan Pembangunan Kemahiran)
Klik DISINI - Keputusan WSMB pertandingan anjuran KKR (Kementerian Kerja Raya)

Klik DISINI - Keputusan WSMP 2023
Klik DISINI - Keputusan JSM 2023

Klik DISINI - SENARAI PESERTA WSMB/JSM GIATMARA
Klik DISINI - SENARAI PESERTA WSMP GIATMARA
Share:

MYFUTURE JOBS MUAR 2023

 


𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗬𝗔 𝗠𝗬𝗙𝗨𝗧𝗨𝗥𝗘𝗝𝗢𝗕𝗦 MUAR 𝟮𝟬𝟮𝟯 𝗔𝗡𝗝𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗦𝗢
PERKESO akan mengadakan Karnival Kerjaya MYFuturejobs Muar 2023.
Program ini merupakan salah satu inisiatif PERKESO untuk membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan mendapatkan pekerjaan baharu.
Karnival ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Negeri Perak yang ingin mencari pekerjaan.





Share:

KARNIVAL KERJAYA MYFUTURE JOBS

 


𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗬𝗔 𝗠𝗬𝗙𝗨𝗧𝗨𝗥𝗘𝗝𝗢𝗕𝗦 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝟮𝟬𝟮𝟯 𝗔𝗡𝗝𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗦𝗢
PERKESO akan mengadakan Karnival Kerjaya MYFuturejobs Negeri Perak 2023.
Program ini merupakan salah satu inisiatif PERKESO untuk membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan mendapatkan pekerjaan baharu.
Karnival ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Negeri Perak yang ingin mencari pekerjaan.





Share:

INTERNATIONAL INVENTION, INNOVATION & TECHNOLOGY EXHIBITION 2023 (ITEX'23)

 

𝗚𝗜𝗔𝗧𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗟𝗜 𝗚𝗘𝗚𝗔𝗥 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗔𝗦 𝗜𝗧𝗘𝗫’𝟮𝟯 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝟮 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞.
Kembali setelah hampir 4 tahun tidak menyertai ITEX, GIATMARA masih aktif dalam ciptaan inovasi terkini.
Dalam ITEX’23, kedua-dua ciptaan telah berjaya memperoleh pingat perak.
Sebanyak 1200 ciptaan inovasi pada ITEX kali ini dengan 120 institusi dalam dan luar negara.
Penyertaan pencipta luar negara dari 18 buah negara seperti Amerika Syarikat, Australia, Ireland,Korea Selatan,China dan negara Asia lain menjadi platform bertukar idea dan teknologi menerusi ciptaan inovasi.
Bagi GIATMARA, ini peluang terbaik menimba pengalaman sebanyak mungkin dari semua pemain industri yang menyertai. Idea-idea terkini akan diadaptasi dalam pembelajaran di dalam kelas agar apa yang diajar selari dengan kehendak semasa.
Ciptaan Interlocking Safety Socket dan Tasneem yang telah memenangi pingat perak berada dalam perancangan untuk dikomersilkan kerana sudah ada ‘pelabur berpotensi’ yang berminat dengan ciptaan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif ( no6 dari kiri) bersama para peserta






Share:

SOALAN-SOALAN WSMB 2023 (PRA KELAYAKAN GIATMARA) DAN SOALAN KELAYAKAN TEORI GIATMARA WSMP 2023

 


GIATMARA akan menganjurkan pertandingan pra kelayakan GIATMARA 2023 yang akan diadakan diantara 13 hingga 20 Mac 2023. Pertandingan ini bertujuan untuk memilih peserta bagi mewakili GIATMARA ke Pertandingan WSMB 2023 Pra Kelayakan peringkat kebangsaan.

Berikut adalah soalan-soalan mengikut bidang-bidang yang berkaitan :


Welding - dikemaskini 6/4/2023
Bricklaying
CNC Milling
Plastic Design Engineering
Restaurant Services
Electrical Installation - dikemaskini 17/3/2023
Refrigeration & Airconditioning
Floristry
Electronic
IT Network System Administration
IT Software Solution For Business


Pemilihan bagi pertandingan WorldSkills Malaysia Pengajar (WSMP) 2023 akan dibuat melalui ujian teori secara online. 


Bakery
Car Painting
Drone Operating 
Fashion Technology - Ujian Teori Pra GIATMARA (11 April 2023)
IT Network System Administration - Ujian Teori Pra GIATMARA (11 April 2023)


# SEBARANG BERKAITAN TARIKH DAN LOKASI PERTANDINGAN AKAN DIMAKLUM DARI MASA KE SEMASA

/
Share:

MY IKON CHEF 2023


GIATMARA telah menghantar dua (2) kumpulan terdiri dari empat (4) orang pelajar GIATMARA bagi menyertai My Ikon Chef Programme seperti ketetapan berikut :


Tarikh : 25 Februari hingga 4 Mac 2023
Lokasi : Hotel Royal Chulan, Seremban

Para Peserta Bersama Jurulatih (Tengah)



Nama Peserta GIATMARA

1. Muhammad Haiqal - GM Permatang Pauh
2. Siti Nur Dafina - GM Permatang Pauh
3. Muhammad Nazrie bin Amdin - GM Merbok
4. Wan Nurul Izzati - GM Nilam Puri

Pertandingan ini akan menawarkan hadiah seperti berikut :-

Tempat Pertama : RM20,000.00, Sijil dan Trofi
Tempat Kedua : RM 10,000.00, Sijil dan Trofi
Tempat Ketiga : RM 5,000.00, Sijil dan Trofi
Share:

PERTANDINGAN WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA 2023 & WORLDSKILLS PENGAJAR 2023

 



Pendaftaran Peserta Pertandingan Worldskill Malaysia Belia (WSMB) 2023

Pertandingan WSMB 2023 terbuka kepada belia/pelajar/pekerja mahir yang berumur tidak melebihi 21 tahun KECUALI bagi bidang Mechatronics dan Digital Construction iaitu berumur tidak melebihi 23 tahun pada tahun pertandingan. 

Untuk memohon, sila berdaftar dengan sistem dan kembali semula pada bahagian ini dan klik butang "Mohon Pertandingan WSMB".

***Bagi penyertaan bidang Mechatronics adalah 2 orang/pasukan***



Pendaftaran Peserta Pertandingan Worldskill Malaysia Pengajar (WSMP) 2023

Pertandingan WSMP 2023 terbuka kepada pengajar sektor awam dan swasta yang mempunyai pengalaman mengajar dan bekerja di industri dalam bidang yang dipertandingkan tidak kurang dari 4 tahun pada tarikh tutup permohonan pertandingan. 

Untuk memohon, sila berdaftar dengan sistem MySPIKE dan kembali semula pada bahagian ini dan klik butang "Mohon Pertandingan WSMP".

***Bagi penyertaan bidang Drone Operating dan Mechatronics adalah 2 orang/pasukan***


Share:

Total Pageviews