Maklumat-Maklumat Terkini Dan Bahan Arked

Inovasi GIATMARA 2012

Pendaftaran dibuka sehingga 27 Mei 2012.
Bagi 3 penyertaan yang mendaftar sebelum 12 April, akan turut berpeluang dipilih ke ITEX 2012

Berikut adalah ringkasan syarat-syarat pertandingan.

Inovasi GIATMARA 2012

Syarat Umum Inovasi

  1. Pertandingan terbuka kepada semua GIATMARA seluruh Malaysia.

  2. Maksimum keahlian adalah 3 orang setiap kumpulan. Salah seorang ahli kumpulan mestilah pelatih, manakala seorang lagi mestilah warga kerja.

  3. Projek yang dipertandingkan mestilah belum pernah memenangi mana-mana pertandingan peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Projek yang pernah dipertandingkan di peringkat zon atau daerah layak dipertandingkan di Inovasi GIATMARA 2012.

  4. Pastikan pemilihan kategori dibuat dengan betul. Pendaftaran di kategori yang salah akan mengakibatkan projek tidak dapat dinilai dengan tepat.

  5. Pendaftaran selepas tarikh yang ditetapkan, atau pada hari pertandingan, akan dikenakan penalti RM100 setiap projek.

  6. Projek yang didaftarkan tetapi tidak hadir pada hari pertandingan juga dikenakan penalti RM150 setiap projek

  7. Projek yang ditukar nama, kategori, atau peserta selepas tarikh pendaftaran atau pada hari pertandingan akan dikenakan penalti RM20.


Kategori

Kriteria

Educational Items

  • Rekaan yang dihasilkan digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

  • Boleh berbentuk perisian/sistem IT, alat bantuan mengajar, alat mainan berpelajaran, dan lain-lain.

Automotive / Transportation

  • Rekaan yang digunakan sebagai alat (tool), mesin, aksesori, atau lain-lain untuk kegunaan automotif atau pengangkutan.

  • Rekaan yang tergolong di dalam kategori ini adalah yang berkaitan:

  • motosikal

  • kereta/lori

  • basikal

  • kenderaan-kenderaan lain

Electrical & Electronic

  • Rekaan yang melibatkan penggunaan elektrik atau elektronik sebagai idea rekaan.

  • Rekaan di dalam kategori ini termasuk alat (tool), mesin, sistem, aksesori, atau bahan:

  • Audio-visual equipment,

  • Komputer/IT/Teknologi maklumat,

  • Telekomunikasi

  • Elektrikal

Building & Construction

  • Rekaan yang digunakan sebagai alat (tool), mesin, aksesori, bahan, atau lain-lain untuk kegunaan:

  • perpaipan (plumbing)

  • perabot

  • strukture (structure)

  • bangunan

Textile & Apparel

  • Sebarang rekaan yang berasaskan

  • kain

  • kraftangan

  • peralatan menjahit/aksesori mesin jahit

  • sebarang bentuk pakaian

Consumer Products

  • Sebarang rekaan untuk kegunaan pengguna persendirian atau industri, termasuk alat (tool), mesin, aksesori, bahan, atau lain-lain melibatkan:

  • Pembuatan makanan

  • Orang Kelainan Upaya (OKU)

  • Pertanian, penternakan atau perikanan

Khas : Alat cuci kasut

  • Alat/mesin cuci kasut manual, elektrikal, atau mekanikal.

  • Jenis kasut yang dicuci adalah bebas

Gimik

  • Sekurang-kurangnya satu penyertaan dari setiap negeri

  • Maksimum 6 orang setiap kumpulan

  • Tema bebas

  • Kaedah bebas

  • Persembahan gimik < 10 min

  • Taklimat pengenalan < 5 min



ACARA Sampingan


Photography Competition “Capture The Moment”

  • Terbuka kepada semua warga kerja, pelatih, dan usahawan GIATMARA.

  • Gambar diambil pada hari pertama dan hari kedua program.

  • Peralatan fotografi tidak disediakan oleh pihak penganjur.

  • Kaedah persembahan akan dimaklumkan oleh pihak penganjur.

Best Booth Award

  • Semua pertandingan Inovasi, Bike Skills Fest dan Gimik akan dipamerkan di dalam booth/pavillion negeri masing-masing.

  • Saiz booth bergantung kepada jumlah penyertaan di dalam Inovasi dan Bike Skills Fest yang diterima sebelum tarikh tutup pendaftaran. Tiada sebarang penambahan atau pengurangan ruang akan dibuat sekiranya terdapat pendaftaran atau tarikh diri di saat-saat akhir.

  • Setiap negeri adalah bebas untuk mereka cipta/menghias booth masing-masing dan memastikan booth menarik dan mesra pengunjung.

  • Anugerah ini akan diberikan kepada negeri yang mempunyai booth yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:

  • Keceriaan

  • Kebersihan

  • Layanan kepada pengunjung

  • Kreativiti, reka bentuk (design) dan susun atur

  • Tema

  • Cost effective



Pendaftaran boleh dibuat melalui link berikut (anda mesti login ke akaun email GIATMARA untuk mendaftar):

Inovasi GIATMARA 2012


HTML Comment Box is loading comments...



Share:

Total Pageviews