KUALA LUMPUR, 31 MAC 2014 – Bertempat
di Hotel Premiera, Kuala Lumpur telah berlangsungnya sambutan Hari
Inovasi MARA 2014. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri
Mohamad Zabidi bin Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Turut
hadir ialah Ketua Pengarah MARA YBhg. Datuk Ibrahim bin Ahmad dan Ketua
Pegawai Eksekutif Kolej Poly-Tech MARA, YBhg. Prof. Dr. Azali Mohamed.
Hari inovasi ini diadakan adalah bertujuan untuk menggalakkan pemikiran kreatif dan penghasilan inovasi dalam usaha membudayakannya dikalangan warga MARA untuk mewujudkan sistem penyampaian dan perkhidmatan yang lebih baik dalam mengambil kira perubahan persekitaran, kemajuan teknologi serta mengutamakan pencapaian dalam menuju wawasan 2020 sekaligus meningkatkan imej MARA.
Program ini merupakan platform untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pusat pentadbiran MARA.Antara pengisian pada Hari Inovasi MARA 2014 kali ini ialah Pameran Produk Inovasi MARA yang bertujuan untuk mempamerkan produk-produk inovatif MARA, pelancaran “NO GIFT POLICY”, Penyerahan Sijil Malaysia Book of Record bagi penghasilan logo MARA terbesar menggunakan manik, serta penyampaian Anugerah Inovasi MARA 2013.
Bagi majlis penyampaian Anugerah Inovasi 2013, sebanyak empat kategori telah dipertandingkan ianya adalah, Kategori Pengurusan, Kategori Teknikal, Kategori Pengajaran& Pembelajaran, dan Kategori Wish List yang merupakan penambahbaikan dan penyelesaian terhadap lima Wish List terbaik yang dipilih melalui Program Cabaran Untuk Inovasi & Transformasi (CUIT).
PENERIMA ANUGERAH INOVASI MARA 2013
|
||||
NO
|
NAMA
|
AGENSI
|
KATEGORI
|
KEJAYAAN
|
1
|
MOHAMMAD FETRI BIN JAIAS
|
GIAT MARA KEPONG
|
PEMBELAJARAN & PENGAJARAN
(P&P)
|
TEMPAT KETIGA (MEMBAWA PULANG WANG TUNAI RM5,000.00)
|
2
|
HABIBAH BINTI SHOID
|
GIAT MARA PASIR SALAK
|
TEMPAT KEDUA
(MEMBAWA PULANG WANG TUNAI RM7,000.00)
|