Maklumat-Maklumat Terkini Dan Bahan Arked

WORLDSKILLS ASIA TAIPEI 2025

 



𝗪𝗢𝗥𝗟𝗗𝗦𝗞𝗜𝗟𝗟𝗦 𝗔𝗦𝗜𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗦𝗔𝗞𝗦𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗨𝗡𝗚𝗚𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗧𝗩𝗘𝗧 𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗔𝗜𝗣𝗘𝗜




Malaysia sekali lagi mencipta detik bermakna apabila peserta TVET negara menunjukkan prestasi membanggakan di WorldSkills Asia Taipei 2025. Pencapaian ini menjadi bukti bahawa pelajar GIATMARA memiliki kemahiran bertaraf antarabangsa serta berupaya bersaing hebat di pentas Asia.
Pengibaran Jalur Gemilang di podium kemenangan bukan sahaja membanggakan para peserta, malah turut melambangkan kecemerlangan warga TVET negara secara keseluruhan.
GIATMARA merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua peserta atas dedikasi, disiplin serta usaha gigih yang diterjemahkan kepada pencapaian gemilang.



PINGAT EMAS
1. Fashion Technology – Nadratulliyana Binti Ab Malek, GIATMARA Simpang Ampat




PINGAT GANGSA
1. Welding – Muhammad Haris Irfan Bin Abdul Halid, GIATMARA Kepala Batas

GIATMARA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta daripada GIATMARA yang telah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Semoga kejayaan ini terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan TVET Malaysia dan inspirasi kepada generasi muda untuk terus maju dalam bidang kemahiran.
Share:

Total Pageviews