Informasi Terkini Dan Bahan Arked Pencapaian

WorldSkills Asia Taipei 2025

WorldSkills Asia Taipei 2025 telah diadakan pada 27 - 29 November 2025.

WorldSkills ASEAN Manila 2025

Pertandingan yang akan diadakan di Manila. Filipina bermula pada 26 hingga 28 Ogos 2025.

Junior Skills Malaysia 2025

Pertandingan Junior Skills Malaysia 2025 Peringkat Akhir telah berlangsung pada 24 Mei 2025.

Pertandingan WorldSkills Malaysia Sarawak 2025

Pertandingan WorldSkills Malaysia Sarawak 2025 Peringkat Akhir.

WorldSkills Competition Shang Hai 2026

WorldSkills Competition Shang Hai 2025 akan berlangsung pada 22 hingga 27 September 2026 .

Showing posts with label 2025. Show all posts
Showing posts with label 2025. Show all posts

WORLDSKILLS MALAYSIA SARAWAK 2025 - AKHIR

 


𝐌𝐄𝐑𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐈𝐋𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐃𝐈 𝐊𝐔𝐂𝐇𝐈𝐍𝐆!
𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐖𝐎𝐑𝐋𝐃𝐒𝐊𝐈𝐋𝐋𝐒 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊  𝟐𝟎𝟐𝟓

GIATMARA telah menghantar seramai 15 orang peserta dalam 7 bidang.
GIATMARA telah memperoleh pencapaian :
2 Pingat EMAS ,
4 Pingat PERAK
1 Pingat GANGSA
3 Medallion of Excellence (MOE)


Gambar peserta bersama Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA



Share:

WORLDSKILLS ASIA TAIPEI 2025

 



𝗪𝗢𝗥𝗟𝗗𝗦𝗞𝗜𝗟𝗟𝗦 𝗔𝗦𝗜𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗦𝗔𝗞𝗦𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗨𝗡𝗚𝗚𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗧𝗩𝗘𝗧 𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗔𝗜𝗣𝗘𝗜




Malaysia sekali lagi mencipta detik bermakna apabila peserta TVET negara menunjukkan prestasi membanggakan di WorldSkills Asia Taipei 2025. Pencapaian ini menjadi bukti bahawa pelajar GIATMARA memiliki kemahiran bertaraf antarabangsa serta berupaya bersaing hebat di pentas Asia.
Pengibaran Jalur Gemilang di podium kemenangan bukan sahaja membanggakan para peserta, malah turut melambangkan kecemerlangan warga TVET negara secara keseluruhan.
GIATMARA merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua peserta atas dedikasi, disiplin serta usaha gigih yang diterjemahkan kepada pencapaian gemilang.



PINGAT EMAS
1. Fashion Technology – Nadratulliyana Binti Ab Malek, GIATMARA Simpang Ampat




PINGAT GANGSA
1. Welding – Muhammad Haris Irfan Bin Abdul Halid, GIATMARA Kepala Batas

GIATMARA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta daripada GIATMARA yang telah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Semoga kejayaan ini terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan TVET Malaysia dan inspirasi kepada generasi muda untuk terus maju dalam bidang kemahiran.
Share:

 


Ekspo TVET@KKDW 2025 bakal berlangsung pada 10-12 Oktober 2025 di Ipoh Convention Centre (ICC), Perak dengan tema "TVET Masa Depan: Berkemahiran, Berinovasi, Berteknologi Tinggi". Dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), acara hibrid ini menampilkan 281 institusi TVET, pameran, pertandingan kemahiran, dan peluang kerjaya untuk memperkasakan TVET sebagai pilihan utama. 

  • Tarikh: 10 – 12 Oktober 2025 (Jumaat – Ahad).
  • Masa: 9:00 pagi – 6:00 petang.
  • Tempat: Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak (Fizikal) & Atas Talian.
  • Fokus: Mempromosikan pendidikan TVET di bawah KKDW, menghubungkan pelatih dengan industri, dan menonjolkan inovasi teknologi.
  • Aktiviti: Pameran & Demonstrasi, Pertandingan Kemahiran, Teknousahawan, serta Rakan Strategik & Kerjaya.



ANUGERAH KESELURUHAN INSTITUSI TERBAIK : GIATMARA Malaysia
ANUGERAH INOVASI TERBAIK : GIATMARA Ledang (Projek : Intelligent Socket Power)
ANUGERAH INOVASI JURI : GIATMARA K.Lumpur (Projek : Braille in Embroidery)

PERTANDINGAN INOVASI : 
Kategori Pendidikan: 1 Gold, 1 Silver, 1 Bronze
Kategori Automotif: 1 Silver
Kategori Elektrik/Elektronik: 1 Gold, 1 Bronze
Kategori Produk Pengguna: 1 Gold
Kategori Arca Kreatif: 1 Gold, 1 Silver
Pertandingan Kemahiran: 6 Silver, 3 Bronze
Pertandingan Bizpitching: 1 Gold




Share:

KEJAYAAN PESERTA NEGARA DI WORLDSKILLS ASEAN MANILA 2025

 

Malaysia dinobatkan sebagai juara keseluruhan di temasya WorldSkills ASEAN 2025 Manila, dengan kutipan 13 EMAS, 4 PERAK, 3 GANGSA dan 2 MEDALLION FOR EXCELLENCE


1. Nama: Muhammad Haris Irfan bin Abdul Halid
    Pencapaian : 𝗘𝗠𝗔𝗦
    Institusi : GIATMARA Kepala Batas

2. Nama: Nadratulliyana binti Ab Malek
    Pencapaian : 𝗘𝗠𝗔𝗦
    Institusi : GIATMARA Simpang Ampat

Share:

WORLDSKILLS ASEAN MANILA 2025

 



Worldskills Asean Manila 2025 akan diadakan di Manila, Filipina, bermula 26 - 28 Ogos 2025, di Pusat Dagangan Dunia Metro Manila. Acara itu akan mempamerkan kemahiran teknikal dan vokasional belia dari negara anggota Asean, yang menampilkan 32 bidang kemahiran merentasi enam sektor. Pertandingan itu bertujuan untuk menggalakkan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (tvet), memupuk kerjasama serantau, dan menonjolkan kecemerlangan kemahiran belia asean mengikut worldskills.

Kontinjen Negara (Pakaian Merah)



Barisan Pakar Negara, Jurulatih bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA (tengah)

Share:

FRIENDLY MATCH ASEAN TVET 2025

 


ASEAN TVET FRIENDLY MATCH 2025

Pertandingan ini berlangsung dari 24 hingga 26 Jun 2025, menghimpunkan peserta dari seluruh negara ASEAN dalam satu platform yang mengetengahkan bakat serta kemahiran dalam pelbagai bidang TVET.




Muhammad Haris Irfan Bin Abdul Halid dari GIATMARA Kepala Batas telah berjaya mengharumkan nama negara dengan memenangi pingat EMAS dalam bidang kimpalan. Pertandingan ini turut melibatkan penyertaan negara-negara luar seperti Chinese Taipei, Kemboja, Timor Leste dan Brunei
Share:


 

Pemenang bersama Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA (bertopi)

ITEX ialah singkatan bagi International Invention, Innovation & Technology Exhibition (Pameran Rekacipta, Inovasi & Teknologi Antarabangsa). Ia merupakan pameran antarabangsa tahunan terkemuka di Malaysia yang menghimpunkan inovasi, teknologi, dan reka cipta terbaik dari seluruh dunia, khususnya Asia, untuk dikomersialkan oleh pelabur dan usahawan.

  • Fokus: Menampilkan inovasi dalam pelbagai bidang sains dan teknologi.
  • Tujuan: Menjadi platform pasaran bagi pereka cipta mendapatkan pelabur, pengilang, atau pengedar.
  • Peserta: Menarik minat pereka cipta, penyelidik, pemodal teroka (venture capitalists), dan sektor korporat.
  • Lokasi: Kebiasaannya diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

GIATMARA telah berjaya memenangi Pingat Emas dan Pingat Gangsa dalam kategori TVET.



EMAS: EduSkill360 
Menyokong prinsip kelestarian alam sekitar dalam memudah cara pensijilan TVET.





GANGSA: SmartDrip
Satu inovasi yang mampu menjana penjimatan tenaga melalui kaedah yang murah dan berkesan.





Share:

SOALAN-SOALAN WSMB 2025 (PRA KELAYAKAN GIATMARA)

 


GIATMARA akan menganjurkan pertandingan pra kelayakan GIATMARA 2025 yang akan diadakan diantara 7 hingga 25 April 2025. Pertandingan ini bertujuan untuk memilih peserta bagi mewakili GIATMARA ke Pertandingan WSMB 2025 Pra Kelayakan peringkat kebangsaan.

Berikut adalah soalan-soalan mengikut bidang-bidang yang berkaitan :


Graphic Design Technology - Soalan adalah tertutup
Refrigeration & Air Conditioning
Share:

GRC LEADER OF THE YEAR IN CONJUCTION WITH GLOBAL GRC REVOLUTION CONFERENCE AWARD 2025

 


Kejayaan ini adalah hasil kepimpinan berGRSwawasan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ts. Ahmad Hamdi bin Hj Ibrahim, yang telah dianugerahkan pengiktirafan berprestij tersebut.
Pendekatan tadbir urus beliau yang kukuh telah memberi pengaruh langsung terhadap pembangunan amalan Pembelajaran & Pembangunan (L&D) yang mantap, sekali gus memastikan setiap dasar selari dengan prinsip akauntabiliti, kelestarian dan pertumbuhan bakat jangka panjang. Integrasi prinsip GRC ke dalam L&D ini telah membolehkan GIATMARA melahirkan tenaga kerja bersedia masa hadapan, memupuk inovasi, serta memperkukuh daya tahan organisasi.

Share:

SOUTH EAST ASIA MASSAGE CHAMPIONSHIP 2025

 


Rica Binti Razali memenangi tempat PERTAMA

Tenaga Pengajar Kursus Terapi Kecantikan & Solekan GIATMARA Ampang Jaya, Puan Rica Binti Razali telah dinobatkan sebagai Juara bagi kategori 'Face Massage' di pertandingan kemahiran peringkat Asia Tenggara.

Walaupun menjadi peserta tunggal Malaysia dalam kategori 'Face Massage' yang disertai oleh 56 pencabar, Puan Rica tidak gentar untuk memberikan yang terbaik.

Kedudukan Kemenangan Peserta :

  • PERTAMA :- Rica Binti Sazali - Malaysia
  • KEDUA :- Lu Enning - Taiwan
  • KETIGA :- Lok Yiu Chow - Hong Kong

Share:

Total Pageviews