Informasi Terkini Dan Bahan Arked Pencapaian

WorldSkills Asia Taipei 2025

WorldSkills Asia Taipei 2025 telah diadakan pada 27 - 29 November 2025.

WorldSkills ASEAN Manila 2025

Pertandingan yang akan diadakan di Manila. Filipina bermula pada 26 hingga 28 Ogos 2025.

Junior Skills Malaysia 2025

Pertandingan Junior Skills Malaysia 2025 Peringkat Akhir telah berlangsung pada 24 Mei 2025.

Pertandingan WorldSkills Malaysia Sarawak 2025

Pertandingan WorldSkills Malaysia Sarawak 2025 Peringkat Akhir.

WorldSkills Competition Shang Hai 2026

WorldSkills Competition Shang Hai 2025 akan berlangsung pada 22 hingga 27 September 2026 .

Showing posts sorted by date for query itex. Sort by relevance Show all posts
Showing posts sorted by date for query itex. Sort by relevance Show all posts


 

Pemenang bersama Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA (bertopi)

ITEX ialah singkatan bagi International Invention, Innovation & Technology Exhibition (Pameran Rekacipta, Inovasi & Teknologi Antarabangsa). Ia merupakan pameran antarabangsa tahunan terkemuka di Malaysia yang menghimpunkan inovasi, teknologi, dan reka cipta terbaik dari seluruh dunia, khususnya Asia, untuk dikomersialkan oleh pelabur dan usahawan.

  • Fokus: Menampilkan inovasi dalam pelbagai bidang sains dan teknologi.
  • Tujuan: Menjadi platform pasaran bagi pereka cipta mendapatkan pelabur, pengilang, atau pengedar.
  • Peserta: Menarik minat pereka cipta, penyelidik, pemodal teroka (venture capitalists), dan sektor korporat.
  • Lokasi: Kebiasaannya diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

GIATMARA telah berjaya memenangi Pingat Emas dan Pingat Gangsa dalam kategori TVET.



EMAS: EduSkill360 
Menyokong prinsip kelestarian alam sekitar dalam memudah cara pensijilan TVET.





GANGSA: SmartDrip
Satu inovasi yang mampu menjana penjimatan tenaga melalui kaedah yang murah dan berkesan.





Share:

KEPUTUSAN ITEX 2024

 



INTERNATIONAL INVENTION, INNOVATION EXHIBITION 2024 (ITEX'24)
17 MEI 2024 | kuala lumpur convention centre









HL 427 Vehicle Exhaust Discharge

En. Ariffin Bin Mohd Rashid & Mohamed Rizal Bin Mohamed Saleh

Pingat : SILVER

Safety Kids Caller

Nur Hayati Binti Mohd Yusoff & Ts. Saiful Redzuan Bin Abdul Shukor

Pingat : GOLD





Share:

INTERNATIONAL INVENTION, INNOVATION & TECHNOLOGY EXHIBITION 2023 (ITEX'23)

 

𝗚𝗜𝗔𝗧𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗟𝗜 𝗚𝗘𝗚𝗔𝗥 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗔𝗦 𝗜𝗧𝗘𝗫’𝟮𝟯 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝟮 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞.
Kembali setelah hampir 4 tahun tidak menyertai ITEX, GIATMARA masih aktif dalam ciptaan inovasi terkini.
Dalam ITEX’23, kedua-dua ciptaan telah berjaya memperoleh pingat perak.
Sebanyak 1200 ciptaan inovasi pada ITEX kali ini dengan 120 institusi dalam dan luar negara.
Penyertaan pencipta luar negara dari 18 buah negara seperti Amerika Syarikat, Australia, Ireland,Korea Selatan,China dan negara Asia lain menjadi platform bertukar idea dan teknologi menerusi ciptaan inovasi.
Bagi GIATMARA, ini peluang terbaik menimba pengalaman sebanyak mungkin dari semua pemain industri yang menyertai. Idea-idea terkini akan diadaptasi dalam pembelajaran di dalam kelas agar apa yang diajar selari dengan kehendak semasa.
Ciptaan Interlocking Safety Socket dan Tasneem yang telah memenangi pingat perak berada dalam perancangan untuk dikomersilkan kerana sudah ada ‘pelabur berpotensi’ yang berminat dengan ciptaan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif ( no6 dari kiri) bersama para peserta






Share:

ITEX 2018


Sukacita dimaklumkan bahawa GIATMARA telah menyertai International Invention & Innovation Exhibition (ITEX) 2018 yang diadakan pada 12 - 14 Mei 2018 di Hall 2, Kuala Lumpur Convention Centre.

Kedua-dua projek inovasi GIATMARA telah memenangi pingat.

  1. Pingat Perak:
    Pengupas Kulit dan Tempurung Kelapa - Mohamad Raffie bin Yamin
    GM Nilam Puri


  2. Pingat Gangsa:
    Interactive Computer - Nurul Farhana binti Mohd Ikhsan & Mohamad Anwar bin Mat Sim
    GM Johor Bahru


Pengurusan GIATMARA mengucapkan tahniah kepada kedua-dua projek inovasi!


Pemandangan sekitar pameran

Share:

ITEX 2017


Sukacita dimaklumkan bahawa GIATMARA telah menghantar dua produk inovasi untuk dipertandingkan di International invention & Innovation Exhibition (ITEX) 2017 yang diadakan pada 11 - 13 Mei 2017 di Hall 2, Kuala Lumpur Convention Centre.

Kedua-dua projek inovasi GIATMARA telah memenangi pingat Perak:

  1. Peti Kunci 5S: Rostina binti Hussain/Norzaidi bin Nyan (Kangar)


  2. Mini Mobile Kitchen: Zaifur Hazriq bin Abdullah Chik (Klang)

Pengurusan GIATMARA mengucapkan tahniah kepada kedua-dua projek inovasi!


Pemandangan sekitar hari pertama (11 Mei 2017)

Share:

International Invention & Innovation Exhibition 2016 (ITEX)

GIATMARA akan menyertai pertandingan ITEX 2016 (27th International Invention & Innovation Exhibition) pada 12-14 May 2016 [khamis-sabtu]  yang akan berlangsung di Kuala Lumpur Conventional Centre.

Produk inovasi yang dipertandingkan adalah seperti yang Berikut:

TARIKH
PEKARA
11 May 2015
Pegerakan  dan Persiapan Tempat Pameran
12 May 2015
Hari Pertandingan & Pameran
13 May 2015
Hari Pertandingan & Pameran
14 May 2015
Pameran & Penutup

Hilmiah Binti Mohd Noor (dari kanan)
GM Jengka, Pahang
Tapak Jahit Aksesori Pakaian

Mohd Haqim bin Hamdan
GM Parit, Perak
Handphone Trainer Kit

Mohamed Thani Bin Yaacob (dari kiri)
GM Pasir Mas, Kelantan
CV Joint Puller & Installer

Nazrudin Bin Md Said
GM Kuala Langat, Selangor
Universal Cabinet

KEPUTUSAN ITEX 2016

  1. Tapak Jahit Aksesori Pakaian - Hilimiah Binti Mohd Noor (GM Jengka, Pahang) - EMAS
  2. Handphone Trainer Kit - Mohd Haqim Bin Hamdan (GM Parit, Perak) - EMAS
  3. CV Joint Puller & Installer - Mohamed Thani Bin Yaacob (GM Pasir Mas, Kelantan) - PERAK
  4. Universal Cabinet - Nazrudin Bin Md Said (GM Kuala Langat, Selangor) - PERAK

Para Pemenang ITEX2016 
(dari kiri : En. Nasa , Puan Hilmiah, En. Haqim, En. Thani)
Share:

Total Pageviews