Maklumat-Maklumat Terkini Dan Bahan Arked

INTERNATIONAL INVENTION, INNOVATION & TECHNOLOGY EXHIBITION 2023 (ITEX'23)

 

𝗚𝗜𝗔𝗧𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗟𝗜 𝗚𝗘𝗚𝗔𝗥 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗔𝗦 𝗜𝗧𝗘𝗫’𝟮𝟯 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝟮 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞.
Kembali setelah hampir 4 tahun tidak menyertai ITEX, GIATMARA masih aktif dalam ciptaan inovasi terkini.
Dalam ITEX’23, kedua-dua ciptaan telah berjaya memperoleh pingat perak.
Sebanyak 1200 ciptaan inovasi pada ITEX kali ini dengan 120 institusi dalam dan luar negara.
Penyertaan pencipta luar negara dari 18 buah negara seperti Amerika Syarikat, Australia, Ireland,Korea Selatan,China dan negara Asia lain menjadi platform bertukar idea dan teknologi menerusi ciptaan inovasi.
Bagi GIATMARA, ini peluang terbaik menimba pengalaman sebanyak mungkin dari semua pemain industri yang menyertai. Idea-idea terkini akan diadaptasi dalam pembelajaran di dalam kelas agar apa yang diajar selari dengan kehendak semasa.
Ciptaan Interlocking Safety Socket dan Tasneem yang telah memenangi pingat perak berada dalam perancangan untuk dikomersilkan kerana sudah ada ‘pelabur berpotensi’ yang berminat dengan ciptaan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif ( no6 dari kiri) bersama para peserta






Share:

Total Pageviews