6 Emas • 4 Perak • 3 Gangsa
GIATMARA terus membuktikan kecemerlangan dalam pembangunan bakat dan kemahiran apabila berjaya meraih 13 pingat menerusi penyertaan dalam JuniorSkills Malaysia (JSM) 2026 dan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2026.
Lebih membanggakan, Arissa Nabiha binti Nor Hisham dari GIATMARA Jengka turut mengharumkan nama GIATMARA apabila menerima Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2026 (Kategori Belia) bagi bidang Car Painting.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua pemenang, peserta, tenaga pengajar, jurulatih, pegawai pengiring, pengurusan pusat serta seluruh warga GIATMARA yang telah menyumbang kepada kejayaan ini.
Setiap usaha dan komitmen menjadi sebahagian daripada kejayaan bersama!
![]() |
| Pemenang Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2026 |
![]() |






















