Maklumat-Maklumat Terkini Dan Bahan Arked

Karnival BeSkills 2015

[Kemaskini 13/6/2015]:
  1. Keputusan penuh Karnival BeSkills 2015.



Terkini: Dapatkan keputusan penuh Karnival BeSkills 2015 di sini.

Sukacita dimaklumkan bahawa BeSkills 2015 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh Masuk Barang: 10 Jun 2015 (Taklimat jam 4.30 petang)
Majlis Pelancaran oleh KPE GIATMARA: 10 Jun 2015 (Jam 4.00 petang)
Tarikh Acara: 11 - 13 Jun 2015 (Khamis - Sabtu)
Tempat: Taman Awam Batu Burok, Terengganu
Majlis Penutup: 13 Jun 2015 (2.00 - 6.00 petang)
Disempurnakan oleh: Dato' Ir. Tengku Ismail bin Tengku Jaafar,
Yang Dipertua Dewan Perniagaan & Perindustrian Melayu Terengganu.
Bilangan penyertaan yang telah didaftarkan adalah seperti berikut (Klik untuk imej yang lebih besar):

Syarat Am:
  1. Sebarang elemen yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam seperti lucah, subversif, khurafat dan seumpamanya akan menyebabkan penyertaan terbatal secara automatik.
  2. Semua pelatih yang menyertai mana-mana kategori pertandingan mestilah pelatih sedia ada (masih berdaftar melalui LPP4 atau LPP9) pada tarikh tutup pendaftaran.
Kit Pertandingan
  1. Infobook
  2. Senarai Hotel dan Homestay
  3. Soalan 4-Stroke Motorcycle Wiring
  4. Soalan 4-Stroke Engine Overhaul
  5. Soalan Panel Beating & Wrapping
  6. Soalan Airbrush
  7. Soalan Cabaran Char Kuey Teow
  8. Soalan Cabaran Kopi Tarik
  9. Maklumat Panduan Khemah Beskills 2015
Berikut adalah kategori-kategori yang akan dipertandingkan:

Kategori Bidang Kriteria
Inovasi
  • Automotive & Transportation
  • Building, Construction & Furniture
  • Consumer Products
  • Educational Items
  • Electrical & Electronic
  • Textile & Apparel
  • Dinilai dari segi keaslian idea (novelty), dan nilai komersial (commercial value).
  • Jika produk adalah rekaan Tenaga Pengajar GIATMARA, maka persembahan wajib dibuat oleh pelatih semasa yang dipilih oleh tenaga pengajar tersebut. Sebaliknya jika produk adalah rekaan anggota kerja lain, maka anggota kerja tersebut atau wakilnya dibenarkan mempersembahkan produk tersebut.
  • Pengurusan
  • Meliputi pengenalan, pewujudan atau penambahbaikan sistem pentadbiran dan pengurusan merangkumi sistem prosedur serta kaedah kerja yang boleh menjimatkan masa, meningkatkan produktiviti atau hasil kerja, mengurangkan kos operasi, meningkatkan tahap kepuasan hati pelanggan serta faedah-faedah lain.
  • Terbuka kepada semua Pusat, Pejabat Negeri dan Bahagian di Ibu Pejabat GIATMARA.
Khas
  • Sculpture (Static/Moving)
  • Dinilai dari segi keunikan dan kekemasan produk.
  • Creative Product (Drum Barrel)
  • Rekaan kreatif berasaskan tong dram logam atau plastik.
  • Rekaan kreatif boleh berbentuk arca/hiasan atau objek yang mempunyai fungsi tertentu (cth: kerusi).
  • Dinilai dari segi keunikan produk dan kemasan yang bersesuaian.
  • Mesin Kuih Tradisional (Pau/Karipap)
  • Sekurang-kurangnya 1 setiap negeri (opsyenal bagi Sabah dan Sarawak).
  • Mesin Cucuk Sate
  • Sekurang-kurangnya 1 setiap negeri (opsyenal bagi Sabah dan Sarawak).
Sikal
  • Custom Cub
  • Custom Bike
  • Dinilai dari segi keunikan dan kekemasan produk.
  • 80% Rangka adalah rekabentuk sendiri (Tidak menggunakan rangka asal sepenuhnya).
  • Penggunaan fiberglass dan bahan lain seumpamanya adalah digalakkan.
  • Enjin melintang. Tiada had saiz silinder
  • Low Rider Bicycle
  • Dinilai dari segi keunikan dan kekemasan produk.
  • Pembinaan kerangka mengikut idea dan kreativiti sendiri.
  • Tidak terhad kepada dua roda.
  • Bahan pembuatan kerangka adalah bebas (kayu, kadbod, kertas, fiber, dsb).
  • Beca
  • Sekurang-kurangnya 1 setiap negeri (opsyenal bagi Sabah dan Sarawak).
  • Dinilai dari segi keunikan dan kekemasan produk.
  • Menggunakan tenaga solar dan bateri sebagai pemacu motor elektrik selain mengekalkan kuasa kayuhan.
  • Hendaklah mengekalkan identiti tradisional.
Kemahiran
  • 4-Stroke Motorcycle Wiring
  • Setiap negeri wajib menghantar penyertaan sebanyak 50% daripada bilangan kursus (Contoh: Pahang mempunyai 5 kursus motosikal, oleh itu penyertaan wajib adalah 3 peserta untuk negeri Pahang).
  • 4-Stroke Engine Overhaul
  • Diwajibkan 1 penyertaan setiap negeri kecuali Melaka. Hos (tuan rumah) dibenarkan menghantar 1 penyertaan tambahan.
  • Panel Beating & Wrapping
  • Terdiri daripada 2 orang sepasukan. Seorang akan melaksanakan tugasan mengetuk, dan seorang lagi melaksanakan kerja-kerja membalut.
  • Baik pulih dilakukan pada dapra (fender) Wira Sedan
  • Diwajibkan 1 penyertaan setiap negeri kecuali Wilayah Persekutuan dan Sabah.
  • Airbrush
  • Penyertaan wajib bagi pusat yang menjalankan kursus Mengetuk dan Mengecat Kenderaan.
Tambahan
  • Cabaran Char Kuey Teow
  • Dianjurkan dengan kerjasama Adabi.
  • Setiap negeri wajib menghantar 1 penyertaan sahaja.
  • Bahan asas disediakan. Peserta bebas membawa bahan tambahan sendiri.
  • Pendaftaran akan dibuka mulai 19 Mei 2015 (Selasa).
  • Cabaran Kopi Tarik
  • Dianjurkan dengan kerjasama dengan Adabi.
  • Setiap negeri wajib menghantar 1 penyertaan sahaja.
  • Bahan asas disediakan. Peserta bebas membawa bahan tambahan sendiri.
  • Pendaftaran akan dibuka mulai 19 Mei 2015 (Selasa).
  • Booth Negeri Terbaik
  • Semua negeri secara automatik menyertai pertandingan ini. Pendaftaran tidak diperlukan.
  • Hanya projek inovasi, mesin kuih tradisional, dan mesin cucuk sate sahaja akan dipamerkan di dalam khemah setiap negeri.
  • Projek lain seperti motosikal dan arca akan dipamerkan di khemah yang diselaraskan oleh penganjur.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Terima kasih.

Sejarah Kemaskini
[Kemaskini 12/6/2015]: Perubahan VIP dan penghapusan pautan ke borang pendaftaran.
[Kemaskini 8/6/2015]: Perubahan VIP, dan muat naik Soalan Pertandingan Overhaul dan Wiring.
[Kemaskini 1/6/2015]: Pautan ke buku maklumat program (Infobook), senarai penginapan, dan soalan pertandingan, perubahan waktu taklimat, dan pendaftaran Cabaran Char Kuey Teow dan Kopi Tarik.
[Kemaskini 29/5/2015]: Kemaskini statistik penyertaan mengikut bidang dan negeri, nama VIP, deskripsi Booth Negeri Terbaik.
[Kemaskini 29/5/2015]: Kemaskini statistik penyertaan mengikut bidang dan negeri.
[Kemaskini 16-18/5/2015]: Makluman pendaftaran ditutup, perubahan VIP, ringkasan pendaftaran mengikut negeri dan kategori (setakat 15 Mei 2015), kategori tambahan baru
[Kemaskini 13/5/2015]: Kemaskini syarat bagi Kategori Sikal (Seperti dalam email daripada R&D bertarikh 24 Mac 2015).
[Kemaskini 11/5/2015]: Perubahan dan penetapan tarikh dan tempat acara, penambahan nama VIP, dan imej lokasi.
[Kemaskini 13/4/2015]:
Tempat tentatif: Terengganu
Penyertaan oleh pelatih bagi mana-mana kategori mestilah pelatih sedia ada pada 15 Mei 2015.
Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 15 Mei 2015.
[Kemaskini 23/3/2015]: Tambahan pilihan penyertaan daripada Ibu Pejabat dan Pejabat GIATMARA Negeri.
[Kemaskini 17/3/2015]: Perubahan nama program daripada "Festival BeSkills 2015" kepada "BeSkills 2015", dan perubahan kriteria bagi kategori Khas > Creative Product (Drum Barrel), kategori Sikal > Beca, dan kategori Kemahiran > Panel Beating & Wrapping.
[Kemaskini 13/3/2015]: Sebarang elemen yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam seperti lucah, subversif, khurafat dan seumpamanya akan menyebabkan penyertaan tersingkir secara automatik.
Share:

Total Pageviews