Maklumat-Maklumat Terkini Dan Bahan Arked

WORLDSKILLS COMPETITION 2022 SPECIAL EDITION HELSINKI, FINLAND

 


TAHNIAH ATAS KEJAYAAN NEGARA DI WORLDSKILLS COMPETITION 2022 SPECIAL EDITION HELSINKI, FINLAND

Fashion Technology 

Beauty Therapy


Tahniah diucapkan kepada wakil negara Nur Izzah Sofiya Binti Mat Khalit dan Nur Aliah Nadhirah Binti Yusri di atas pencapaian yang membanggakan dalam bidang masing-masing.

Kedua-dua mereka telah berhempas pulas menyiapkan tugasan dari hari pertama sehingga terakhir dengan sepenuh tumpuan.

Hasilnya, Izzah atau lebih mesra dikenali dengan nama Amoi telah berjaya memperolehi Medallion For Excellent bagi bidang Fashion Technology. Manakala Aliah menduduki tempat ke-10 dunia bagi bidang Beauty Therapy.

Sekali lagi tahniah kepada Izzah dan Aliah serta jurulatih-jurulatih mereka.Terima kasih juga diucapkan kepada semua warganet yang sentiasa mendoakan kejayaan mereka.

Gadis dari GIATMARA Kuala Lumpur dan GIATMARA Prima Tasek Gelugor ini membuktikan kemahiran di GIATMARA berada di kelasnya yang tersendiri.Kemahiran berkelas Dunia!

Share:

Total Pageviews