Maklumat-Maklumat Terkini Dan Bahan Arked

Pertandingan Bike Skills Fest GIATMARA 2012


Pendaftaran dibuka sehingga 27 Mei 2012.

Syarat Umum Bike Skills Fest

  1. Pertandingan terbuka kepada semua GIATMARA seluruh Malaysia, walaupun bukan daripada kursus motosikal.

  2. Ahli kumpulan/individu yang mencipta mestilah tidak lebih daripada 5 orang. Ahli kumpulan mesti terdiri daripada sekurang-kurangnya seorang pelatih.

  3. Persembahan hasil rekaan dan ujian pemanduan mestilah dilaksanakan oleh pelatih.

  4. Pusat/individu boleh mendaftarkan seberapa banyak penyertaan yang dikehendaki.

  5. Hasil rekaan perlu dibuktikan sama ada melalui gambar/video proses kerja, atau surat pengesahan daripada Pengurus Pusat/Pengurus Besar Negeri.

  6. Motosikal yang dihasilkan mestilah mendapat kebenaran pemilik, samada milik GIATMARA atau individu.

  7. Pendaftaran selepas tarikh yang ditetapkan, atau pada hari pertandingan, akan dikenakan penalti RM100 setiap projek.

  8. Projek yang didaftarkan tetapi tidak hadir pada hari pertandingan juga dikenakan penalti RM150 setiap projek

  9. Projek yang ditukar nama, kategori, atau peserta selepas tarikh pendaftaran atau pada hari pertandingan akan dikenakan penalti RM20.


Kategori

Kriteria

Cub Extreme

  • Hasil rekaan mestilah berasaskan enjin Cub.

  • Chassis mestilah dibina dan direka bentuk sendiri.

  • Reka bentuk Cub adalah bebas.

  • Penggunaan parts/accessories dari motosikal pelbagai jenama/jenis dibenarkan.

  • Rekaan yang dihasilkan mestilah boleh berfungsi dengan baik/sempurna.

  • Setiap rekaan yang dipertandingkan akan diuji pandu oleh pelatih sendiri dan hakim.

Skuter Kreatif

  • Hasil rekaan mestilah menggunakan enjin dan chassis asal skuter.

  • Rekaan hendaklah mengambil kira aspek-aspek berikut:

  • Kreativiti airbrush/stiker/special effects dan lain-lain jenis kaedah mengecat (finishing),

  • Kreativiti rekaan audio-visual system.

  • Penggunaan parts/accessories dari motosikal pelbagai jenama/jenis dibenarkan.

  • Pengubahsuaian seperti tambahan side car, pemasangan side/rear box/saddle bag dibenarkan.

  • Rekaan yang dihasilkan mestilah boleh berfungsi dengan baik/sempurna.

  • Setiap rekaan yang dipertandingkan akan diuji pandu oleh pelatih sendiri dan hakim.

Motosikal Mobilepreneur

  • Hasil rekaan bebas menggunakan sebarang jenis/jenama motosikal.

  • Rekaan hendaklah mengambil kira aspek-aspek berikut:

  • Kreativiti pengubahsuaian adalah untuk tujuan perniagaan,

  • Motosikal yang dihasilkan perlu dilengkapkan dengan peralatan perniagaan yang dicadangkan.

  • Ciptaan adalah bebas.

  • Anggaran kos dan tempoh pembuatan perlu disertakan.

  • Penggunaan parts/accessories dari motosikal pelbagai jenama/jenis dibenarkan.

  • Pengubahsuaian seperti tambahan side car, pemasangan side/rear box/saddle bag dibenarkan.

  • Rekaan yang dihasilkan mestilah boleh berfungsi dengan baik/sempurna.

  • Setiap rekaan yang dipertandingkan akan diuji pandu oleh pelatih sendiri dan hakim.

Terbuka

  • Hasil rekaan bebas menggunakan sebarang jenis/jenama motosikal.

  • Penggunaan sebarang enjin samada motosikal, kereta atau lain-lain, kecuali enjin Cub, adalah dibenarkan.

  • Ciptaan adalah bebas (Custom Bike).

  • Penggunaan parts/accessories dari motosikal pelbagai jenama / jenis dibenarkan.

  • Pengubahsuaian seperti tambahan side car, pemasangan side/rear box/saddle bag dibenarkan.

  • Rekaan yang dihasilkan mestilah boleh berfungsi dengan baik/sempurna.

  • Setiap rekaan yang dipertandingkan akan diuji pandu oleh pelatih sendiri dan hakim.

Pertandingan Kemahiran Motosikal (Kategori Pelatih)

  • Setiap negeri wajib menghantar hanya seorang peserta yang terdiri daripada pelatih.

  • Tiada had umur peserta.

  • Soalan akan diberi dua minggu lebih awal untuk tujuan latihan.

  • Soalan pertandingan dijangka akan melibatkan:

  • Top overhaul enjin Cub 4 lejang

  • Merombak dan merawat rantai/sproket motosikal

  • Lain-lain task yang difikirkan berkaitan.

  • Masa diberikan adalah 4 jam.

Pertandingan Kemahiran Motosikal (Kategori Usahawan)

  • Terbuka kepada usahawan GIATMARA seluruh Malaysia. Walaubagaimanapun, penyertaan adalah terhad kepada 14 peserta terawal yang mendaftar.

  • Pendaftaran mesti mendapat sokongan PPU/PBN negeri masing-masing.

  • Soalan akan diberi dua minggu lebih awal untuk tujuan latihan.

  • Soalan pertandingan melibatkan:

  • Top overhaul enjin Cub 4 lejang

  • Merombak dan merawat rantai/sproket motosikal

  • Lain-lain task yang difikirkan berkaitan.

  • Masa diberikan adalah 4 jam.

Pertandingan Kemahiran Membentuk, Mengetuk & Mengecat

  • Setiap negeri wajib menghantar seorang peserta yang terdiri daripada pelatih GIATMARA.

  • Tiada had umur peserta.

  • Soalan akan diberi dua minggu lebih awal untuk tujuan latihan.

  • Soalan pertandingan melibatkan:

  • Pembentukan model panel pintu kereta bersaiz 20” x 20”. Sheet metal disediakan.

  • Proses mengecat menggunakan cat tin (disediakan)

  • Masa diberikan adalah 14 jam.


Pendaftaran boleh dibuat melalui link berikut (anda mesti login ke akaun email GIATMARA untuk mendaftar):

BIKE Skills Fest GIATMARA 2012


HTML Comment Box is loading comments...



Share:

Total Pageviews