Maklumat-Maklumat Terkini Dan Bahan Arked

Program Insentif Inkubator



Program Inkubator GIATMARA adalah pakej latihan pembentukan usahawan yang merangkumi geran bantuan melibatkan modal mula, premis, peralatan, bimbingan dan pendedahan dalam asas perniagaan dan keusahawanan di bawah program lanjutan GIATMARA yang ditawarkan kepada lepasan GIATMARA yang berminat untuk menceburkan diri di dalam bidang keusahawanan. Program ini telah dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) melibatkan peruntukan dari Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri. Sebanyak RM 40 juta telah diluluskan oleh Perdana Menteri Malaysia untuk GIATMARA menjalankan program Inkubator sehingga 2015.

Objektif Program

i.   Memberi latihan persediaan kepada usahawan/bakal usahawan sebelum menceburi  dunia perniagaan yang sebenar.

ii.  Memberi bimbingan, bantuan, sokongan dan pengetahuan dalam semua aspek  keusahawanan

iii.   Memberi sokongan dan bantuan di peringkat awal kepada usahawan/bakal usahawan dengan menyediakan pakej bantuan mengikut skop pelaksanaan program inkubator GIATMARA.

Penilaian Output Program  - Mewujudkan 5% Usahawan Baru

Tahun
Sasaran
Sebenar

Pelatih Tamat


Usahawan Baru

(%)
Usahawan Baru

Pelatih

Usahawan Baru

(%) Usahawan Baru
2011
22,700
960
4.2%
14,855
968
6.5%
2012
22,800
1,723
7.6%
18,028
1,727
9.6%
2013
23,000
1,538
6.7%
18,858
1,538
8.1%

Bilangan Usahawan Yang Berjaya Diwujudkan Mengikut 
Sasaran Dan Pencapaian Sebenar  

Share:

Total Pageviews