Science Festival Kuala Lumpur 2014
Petrosains The Discovery Centre bakal menganjurkan Festival Sains kedua pada 15-21 September 2014. Festival ini akan berlangsung di Galleria Petrosains dan KLCC Esplanade.
Festival ini akan melibatkan pengunjung di kalangan kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa dengan aktiviti berbentuk pendidikan.
GIATMARA telah dijemput untuk bersama-sama menjayakan program ini dengan penglibatan sebagai pemamer dan mengadakan bengkel berkaitan animasi digital pada festival tersebut.