PERTANDINGAN BEST OF NATION DAN GLOBAL SKILLS CHAMPIOSHIP 2014
Pertandingan Best of Nation (BoN) yang
diadakan pada 24 Februari 2014 merupakan yang pertama seumpamanya dianjurkan oleh Federation of Holistic Therapist (FHT) Malaysia dengan kerjasama Malaysian Association of Cosmetologist
(MACs). Pertandingan ini telah berjaya mengumpulkan penyertaan di kalangan
juruterapi-juruterapi di industri dan pengajar-pengajar di ILKA/ILKS.
Pertandingan ini telah mensasarkan golongan yang lebih matang iaitu individu
berumur 2i1 tahun dan ke atas.
Terdapat 2 kategori yang dipertandingkan iaitu Skin & Face Lifting
Therapy dan Body Massage :Detox and Relax. Kedua-dua kategori memerlukan
peserta untuk menyediakan Treatment Plan
atau Test Project yang memperincikan
kaedah rawatan serta pemilihan tema salon rawatan. Saringan ke peringkat akhir
telah mengambilkira elemen-elemen yang cuba dipersembahkan dalam Treatment Plan
individu dan pemilihan peserta akhir ditentukan oleh juri yang dipilih oleh
MACs.
Seramai 6 orang daripada keseluruhan 18 orang peserta yang terpilih ke
peringkat akhir terdiri di kalangan tenaga pengajar GM seluruh Malaysia. 5
orang peserta telah bertanding bagi kategori Body Detox and Relax dan seorang
peserta lagi bertanding bagi kategori Skin and Face Lifting Therapy.
Bil
|
Nama
|
Kursus
|
PGM
|
Bidang
|
1.
|
Siti
Zakiah bt Suardi
|
Solekan dan Terapi Kecantikan
|
Shah
Alam
|
Body
Detox & Relax
|
2.
|
Rohana
bt. Murad
|
Bandar
Tun Razak
|
||
3.
|
Lilyani
bt. Ismail
|
Kepong
|
||
4
|
Rica
bt. Razali
|
Ampang
Jaya
|
||
5
|
Sazarina
bt. Mohd. Nazeri
|
Shah
Alam
|
Skin
and Face Lifting
|
|
6.
|
Sarifa
bt. Redzuan
|
Holistic
and Wellness Spa
|
Tasek
Gelugor
|
Body
Detox and Relax
|
Pihak
penganjur hanya akan memilih seorang peserta terbaik bagi setiap kategori untuk
mewakili Malaysia dalam pertandingan Global Skills Championship (GSC) yang akan
diadakan pada 25 – 28 Mac 2014 di Putra World Trade Centre (PWTC) bersempena
Beauty Professional Expo 2014. Amat membanggakan apabila Pn Sazarina bt. Mohd
Nazeri dari PGM Shah Alam telah berjaya memenangi Bronze Medal bagi Kategori
Skin and Face Lifting Therapy semasa pertandingan Best of Nation.
Beliau akan
mewakili Malaysia untuk bersaing dengan 6 orang lagi wakil Negara-negara yang
turut bertanding. GSC bakal menyaksikan persaingan sengit di antara peserta terbaik
setiap Negara bagi merebut gelaran World Champion for Skin and Body Therapy
yang julung-julung kalinya diadakan antaranya Iran, United Kingdom, Taiwan, China, Singapore
dan Rusia. Penyertaan GIATMARA di dalam
pertandingan berprestij seperti ini akan membantu mempromosi GIATMARA sebagai
salah sebuah institusi latihan kemahiran yang unggul serta memperluaskan
jaringan kerjasama GIATMARA dengan pihak industri di masa akan datang.