Maklumat-Maklumat Terkini Dan Bahan Arked

WorldSkills Competition 2013 Leipzig, Germany


Pulang Membawa Kejayaan
[Kemaskini 10 Jul 2013 12:08pm]


Pada 9 Julai 2013, Kontinjen Malaysia ke WorldSkills Competition 2013, Leipzig, Germany (WSC2013) telah selamat kembali ke tanahair. Kepulangan mereka telah disambut dengan meriahnya oleh YB. Datuk Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia, Pegawai-pegawai Kanan KSM, pegawai daripada pelbagai agensi, penyokong-penyokong daripada institusi kemahiran awam, dan ahli keluarga peserta.

Dalam pertandingan yang berlangsung dari 3 hingga 6 Julai 2013, Malaysia diwakili oleh 14 orang peserta dan telah berjaya memperolehi 9 Pingat Kecemerlangan (Medallion for Excellence). Kedua-dua peserta GIATMARA iaitu Saudari Ruqaiyah binti Azahari (Fashion Technology - GM Kuala Pilah) dan Saudara Abdul Latif bin Ibrahim (Welding - GM Kepala Batas) juga turut membanggakan GIATMARA Malaysia apabila turut membawa pulang pingat kecemerlangan. Lebih membanggakan lagi, Saudari Ruqaiyah berjaya menduduki tempat ke-6 dunia daripada 21 peserta di dalam bidang yang disertai, serta menjadi peserta kedua terbaik kontinjen negara ke WSC 2013.

GIATMARA mengucapkan tahniah kepada pasukan dari Malaysia, khasnya kepada kedua-dua peserta GIATMARA, serta mendoakan kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

GIATMARA Boleh!

 







Share:

Total Pageviews