GIATMARA Mengungguli Formula Y 2013
Ahad, 21 April – Penantian selama tiga tahun dalam arena sukan permotoran akhirnya membuahkan hasil kepada GIATMARA. Tanggal 21 April 2013, GIATMARA telah membolot sebanyak 12 anugerah pada acara Kejohanan Formula Sukan Permotoran Belia (Formula Y) 2013. Apa yang lebih membanggakan, GIATMARA muncul Juara dan Naib Juara Keseluruhan bagi Kategori Y3.0, dan juara beberapa kategori kecil yang lain.
Pada 19 - 21 April 2013, Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kelab Sukan Permotoran Belia (Youth Motorsports Club) dan Malaysian Motorsports Association (MAM) telah menganjurkan Kejohanan Formula Sukan Permotoran Belia (Formula Y) 2013. Acara tersebut telah mengambil tempat di Litar Sukan Permotoran Antarabangsa Melaka (MIMC), dan disertai lebih 10 institusi pengajian tinggi dan kemahiran tempatan, antaranya Politeknik, IKM/KKTM, Kolej Komuniti, ILP, IKBN, Taylor’s College, TATiUC, UMP, UniMAP, MMU, UTEM, UPNM, dan IUKL. Dua kategori yang dipertandingkan adalah Y3.0 (130sp) dan Y3.5 (135sp).
GIATMARA telah menghantar sebanyak 5 pasukan di dalam kategori Y3.0 mewakili zon masing-masing:
GMG Premier Team - Ibu Pejabat dan Selangor
GMG Northern Team - Perlis, Kedah & Pulau Pinang
GMG Central Team - Perak & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
GMG Southern Team - Negeri Sembilan, Melaka & Johor
GMG Eastern Team - Pahang, Terengganu & Kelantan
Berkat usaha gigih dan kerjasama jitu pasukan GIATMARA yang terdiri daripada pelbagai pusat dan bidang kursus selama 2 bulan, GIATMARA berjaya menduduki podium sebagai Johan, Naib Johan dan Tempat Ke-4 Keseluruhan Y3.0, serta menduduki ketiga-tiga tangga teratas semasa perlumbaan akhir kategori Y3.0. Berikut adalah perincian kejayaan GIATMARA:
Keseluruhan Y3.0
|
Pemenang
|
Johan
|
GMG
Premier Team
|
Naib Johan
|
GMG
Southern Team
|
Tempat Ke-3
|
IKBN
Chembong
|
Tempat Ke-4
|
GMG
Northern Team
|
Tempat Ke-5
|
IUKL
|
Final Race Y3.0
|
Pemenang
|
Johan
|
GMG
Southern Team
|
Naib Johan
|
GMG
Northern Team
|
Tempat Ke-3
|
GMG
Eastern Team
|
Time Attack Y3.0 (Saringan)
|
Pemenang
|
Johan
|
Politeknik Melaka
|
Naib Johan
|
GMG
Central Team
|
Tempat Ke-3
|
GMG
Southern Team
|
Stability Y3.0 (Kawalan)
|
Pemenang
|
Johan
|
GMG
Premier Team
|
Naib Johan
|
KKTM
Kemaman
|
Tempat Ke-3
|
Universiti Malaysia Pahang
|
Drag Y3.0 (Pecutan)
|
Pemenang
|
Johan
|
IKBN
Naka
|
Naib Johan
|
UMP
|
Tempat Ke-3
|
GMG
Central Team
|
Machine Development Y3.0 (Persembahan)
|
Pemenang
|
Johan
|
GMG
Premier Team
|
Naib Johan
|
UPNM
|
Tempat Ke-3
|
IKBN
Chembong
|
Sampingan
|
Pemenang
|
Rekabentuk Kenderaan Paling Kreatif dan Inovatif
|
TATiUC
|
Jentera Lumba Paling Sempurna dan Lengkap
|
-
|
Pasukan Terbaik
|
UniMAP
|
Tempat Pertama Fotografi: Capture the
Moment
|
Nurazy Basiron
|
Tempat Pertama Airbrush dan Semburan Cat Terbaik
|
GMG
Eastern Team
|
Tahniah Team GIATMARA!