Maklumat-Maklumat Terkini Dan Bahan Arked

Iklan Pertandingan Kemahiran Malaysia & Myskills 2013

  • PERTANDINGAN KEMAHIRAN MALAYSIA 2013 
Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) adalah satu pertandingan kemahiran yang diadakan setiap tahun bertujuan untuk memilih dan mengiktiraf pelatih dan pekerja mahir yang mempunyai kemahiran yang unggul. Pertandingan ini akan dijalankan melalui dua peringkat iaitu peringkat pra-kelayakan dan akhir. Ia akan dapat membantu meningkatkan tahap kemahiran sumber manusia di Malaysia yang bertaraf dunia. Selain itu, ia dapat memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat tentang pentingnya bidang kemahiran kepada pembangunan negara. 
Penganjuran Pertandingan Kemahiran Malaysia sebelum ini telah dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Kerja Raya (KKR)pada 13 September 1989. Pertandingan kali pertama diadakan di Changkat Pavillion, Kuala Lumpur pada 3 hingga 5 Jun 1990.Kini Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) telah dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) mulai 2010. 
Sebanyak sepuluh (22) bidang kemahiran akan dipertandingkan pada 2013 melibatkan bidang-bidang berikut : 





13 bidang dibawah selian  Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)



1. Mechatronics
2. IT Software Solutions For Business
3. Electronics
4. W eb Design
5. Beauty Therapy
6. C abinetmaking
7. F ashion Technology
8. A utomobile Technology
9. C ooking
10. R estaurant Service
11. G raphic Design Technology
12. IT Network SystemsAdministration
13. Hairdressing

9 bidang kemahiran yang dianjurkan oleh Bahagian Pemantauan Agensi dan Latihan Kemahiran, Kementerian Kerja Raya
1. Engineering Mechanical Design - CAD
2. Joinery
3. Bricklaying
4. Electrical Installations
5. Wall & Floor Tiling
6. Plumbing and Heating
7. Refrigeration and Air Conditioning
8. Welding
9. Decorative Painting

Penyertaan bagi pertandingan ini adalah percuma dan terbuka kepada semua warga negara Malaysia yang berumur tidak melebihi 21 tahun. Mereka yang layak memohon adalah terdiri daripada : 
  • Pelatih di institusi latihan kemahiran awam / swasta 
  • Pekerja syarikat 
  • Calon persendirian 
  • Syarat pemohon 
i) Warganegara Malaysia; 
ii) Terbuka kepada pelatih atau pekerja mahir; 
iii) Berumur 20 tahun ke bawah kecuali bidang Mekatronik 23 tahun ke bawah; dan 
iv) Setiap peserta layak memohon satu bidang sahaja

Muaturun iklan
Share:

Total Pageviews