Maklumat-Maklumat Terkini Dan Bahan Arked

MISI MENGGENGGAM ANUGERAH TANGAN EMAS PERDANA MENTERI 2012






Mulai 1 Julai 2012, bermulalah misi GIATMARA Malaysia untuk mengenggam Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2012 apabila Pertandingan Kemahiran Malaysia dan MySkills 2012 Peringkat Akhir membuka tirai pertandingan.
Seramai 23 orang pelatih dan 4 orang Tenaga Pengajar akan bersaing bagi menjulang dan memartabatkan nama GIATMARA Malaysia di persada pertandingan kemahiran peringkat kebangsaan. Pertandingan ini turut menjadi medan kepada 8 orang calon peserta ASEAN Skills Competition bersaing bagi memastikan tempat mereka terjamin untuk ke Jakarta pada bulan November nanti.
Ayuh semua warga GIATMARA bersama-sama memberikan sokongan dan mendoakan kejayaan kontinjen GIATMARA dalam Pertandingan Kemahiran Malaysia dan MySkills 2012.
Kepada semua peserta, SELAMAT BERJUANG dan BUKTIKAN SEMANGAT GIATMARA Boleh!!!!!
Moga Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2012 Milik GIATMARA.
GIATMARA Boleh!!!!!!

Fakta GIATMARA untuk dikongsi dalam PKM, MySkills dan ASC 2012
1
PKM 2012
23 orang peserta
2
Calon ASC 2012
8 orang peserta (turut bertanding dalam PKM 2012 bagi memastikan tempat sebagai peserta Negara dalam ASC 2012)
3
Lokasi Pertandingan
ABM Wilayah Tengah, Johor Bahru : 5 hingga 7 Julai 2012
Bidang
Bricklaying, Electrical Installation, Joinery, Plumbing & Heating, Refrigeration & Air Conditioning, Wall & Floor Tiling, Welding, Decorative Painting dan Mechanical Engineering Design CADD
Lokasi Pertandingan
CIAST, Shah Alam : 6 hingga 8 Julai 2012
Bidang
Beauty Therapy, Electronics, Fashion Technology, Graphic Design Technology, IT Network System Administration, IT Software For Business Solution, Web Design, dan Automobile Technology
4
Lokasi Pertandingan
UPM, Serdang : 6 hingga 8 Julai 2012
Bidang
Cooking dan Restaurant Service
5
Lokasi Pertandingan
WISDEC, Olak Lempit : 6 hingga 8 Julai 2012
Bidang
Cabinet Making
6
MySkills 2012
4 orang peserta
Lokasi Pertandingan
CIAST, Shah Alam : 2 hingga 4 Julai 2012
Bidang
Wall and Floor Tiling dan Ladies’/Men’s Hair Dressing serta penilaian akhir calon peserta ASC bidang Ladies’/Men’s Hair Dressing
7
Pertandingan Kemahiran Terbuka (Automotif)
4 Pasukan (GIATMARA Pulau Pinang, Negeri Sembilan/Melaka, Johor dan Terengganu)
Lokasi Pertandingan
CIAST, Shah Alam : 5 hingga 8 Julai 2012
8
Anugerah yang menjadi rebutan
i) Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (Kat. Belia)
ii)Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (Kat. Tenaga Pengajar)
iii) Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (Kat. Agensi Terbaik)
Share:

Total Pageviews