EIMARace adalah antara program institusi yang terbuka kepada Institut Pengajian Tinggi Awam, Institut Pengajian Tinggi Swasta, Kolej, Politeknik, & Institusi teknikal yang menyerlahkan pendidikan melalui sukan permotoran. EIMARace adalah satu platform kepada pelajar untuk mengaplikasikan teori yang mereka belajar dan meningkatkan kemahiran mereka dalam sektor automotif khususnya.
Melalui cabaran ini, pelajar akan membuat sebuah prototaip kereta lumba . Cabaran ini akan membentuk inspirasi pelajar untuk mempelajari fizik,aerodinamik, reka bentuk, pembuatan, penjenamaan, grafik, penajaan, pemasaran,kepimpinan, kerja berpasukan, kemahiran media dan strategi kewangan, dan melaksanakan praktikal, imaginatif, dan berdaya saing dengan cara yang menarik selain merealisasikan tujuan utama iaitu pendedahan kepada sukan permotoran di Malaysia.

Setalah menyertai IPMARace ,GIATMARA lagi sekali membawa cabaran di pertandingan EIMARace 2011. Team GIATMARA Malaysia akan lagi sekali mempertaruhkan jentera GMG Racing untuk berentap dengan pasukan yang terdiri dari Institusi Tinggi diseluruh Malaysia. Cabaran kali ini sungguh mencabar. Nantikan kemunculan jentera GMG Racing yang lebih berkuasa.