Maklumat-Maklumat Terkini Dan Bahan Arked

Koleksi Logo Rasmi



LOGO HISTORY



Warna Merah
Membawa maksud serba boleh dan berani mara ke hadapan untuk menerokai peluang-peluang baru.

Warna Biru
Membawa maksud kemurnian wawasan dan matlamat sebagai Badan Amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat maruah serta martabat bangsa.

Warna Hitam
Membawa maksud kukuh, berintegriti dan amanah di dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat.

25
Nombor 2 yang bertulisan lembut dan 5 yang bertulisan simetri melambangkan gabungan unsur teknikal dan kreativiti yang diterapkan di dalam latihan yang memberi kelebihan daya saing kepada lepasan GIATMARA.
Tulisan 2 yang berwarna biru bertindih merah menggambarkan keberanian berubah dan mencuba sesuatu kaedah yang baru dalam mencapai wawasan dan matlamat GIATMARA

1986-2011
GIATMARA telah bertapak sejak 1986 dan sehingga 2011 telah menunjukkan keutuhan dan prestasi yang cemerlang dan berterusan. Tulisan yang mencondong ke atas membawa maksud GIATMARA sentiasa berkembang dan tidak jumud, selari dengan perkembangan semasa dan hasrat negara.

Kemahiran Merentasi Zaman
Slogan ini membawa maksud latihan di GIATMARA sentiasa relevan dengan perubahan zaman. Ia juga mempamerkan komitmen GIATMARA di dalam memelihara ,memulihara, dan memastikan kesinambungan ilmu dan kemahiran warisan yang semakin pupus tetapi mempunyai nilai komersial yang sangat tinggi untuk faedah generasi akan datang.


















Share:

Related Posts:

Total Pageviews

287870