Maklumat-Maklumat Terkini Dan Bahan Arked

Keputusan Pertandingan Kategori Terbuka PROTON (Bidang Automotif)

KEPUTUSAN PERTANDINGAN KATEGORI TERBUKA PROTON ( BIDANG AUTOMOTIF )


14 hingga 17 Oktober yang lalu Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. telah pun mengadakan satu Pertandingan Kategori Terbuka ( Bidang Automotif ). Kategori ini merupakan acara berkumpulan yang terdiri daripada tiga (3) orang peserta.

GIATMARA telah pun menghantar 3 orang peserta dikalangan Tenaga Pengajar yang berpengalaman dan pernah menyertai Pertandingan MYSKILLS sebelum ini.
Mereka ini telah pun berjaya dalam menewaskan 8 pasukan yang bertanding dan muncul sebagai JUARA .


GIATMARA mengucapkan tahniah pada mereka yang telah berjaya. Berikut adalah senarai peserta GIATMARA dan pasukan yang bertanding :

                 Pertandingan Kategori Terbuka Automotif 2010 CIAST, Shah Alam
1. Ahmad Anuar Bin Che Mat  ( GM Pokok Sena )
2. Mohd Khairul Azhar Bin Mat Nasir ( GM Langkawi )
3. Mohd Nasir Bin Ismail ( GM Rantau Panjang )

Pasukan Kategori Terbuka Proton :

1. GIATMARA Malaysia                              -  JUARA
2. Agresif Waja Sdn Bhd
3. Institut Kejuruteraan Tentera Darat
4. MT COP
5. Long G Auto Service
6. World Car Care Service Sdn Bhd
7. UNIKL MFI A
8. UNIKL MFI B
9. Intan Matang ( Proservice ) Sdn Bhd

                           
Share:

Related Posts:

Total Pageviews

287859